Tajuk : Ika Nabella Rindu Arwah Opah
link : Ika Nabella Rindu Arwah Opah
Ika Nabella Rindu Arwah Opah
Pernah berkongsi cerita pada Kakigosip tentang persiapan rayanya tahun lepas, Ika Nabella sentiasa ingin luangkan waktu yang penuh bersama keluarganya di musim perayaan.
Katanya lagi, persiapan yang dilakukan selalunya serba sederhana kerana apa yang lebih penting adalah bonding time antara keluarga.
“Keluarga saya besar, jadi biar persiapan macam mana sekalipun, bila rama-ramai berkumpul pasti suasana akan jadi meriah.
“Jadi pada waktu inilah rasanya adalah masa yang terbaik untuk saya bermesra dan mengisi masa ‘all out’ dengan keluarga saya,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bila menjelang Aidilfitri ada seseorang yang akan sentiasa berada di fikirannya.
Orang itu tentulah arwah Opahnya yang sudah meninggal sejak tujuh tahun yang lalu.
“Dari zaman sekolah, kami merupakan insan paling gembira bila menjelang raya kerana kami akan beraya di rumah arwah di Pengkalan Hulu, Perak.
“Dialah yang tiap-tiap tahun akan jadi ‘ketua’ bila musim raya. Jadi bila dia sudah tiada, kata-kata arwah masih lagi terngiang-ngiang,” jelas Ika.
Selain itu Ika juga ada memberitahu Kakigosip sejak ketiadaan neneknya dia sekeluarga tidak pernah lupa untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain di rumah peninggalan neneknya. Ia juga di anggap sebagai simbolik kepada kemeriahan dan hubungan erat sesama sekeluarga.
The post Ika Nabella Rindu Arwah Opah appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t98bAX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ika Nabella Rindu Arwah Opah
Anda sedang baca artikel Ika Nabella Rindu Arwah Opah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ika-nabella-rindu-arwah-opah.html
0 Response to "Ika Nabella Rindu Arwah Opah"
Catat Ulasan