Loading...

Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton

Loading...
Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton
link : Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton

Baca juga


Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kesal dengan perbuatan pihak tertentu mengambil kesempatan mempolitikkan isu penjualan saham Proton demi kepentingan mereka.

Ketua, Shahir Adnan berkata, sesuatu yang baik untuk negara dan rakyat sepatutnya perlu disokong oleh semua pihak, tidak kira ia daripada kerajaan atau pembangkang.

“Pemuda Ikatan mengambil pendekatan yang dibudayakan di dalam Gagasan Sejahtera agar kita berpolitik secara matang dan sejahtera.

“Kenyataan menyamakan penjualan saham Proton seperti “kehilangan anak” dan “hilangnya kereta nasional” merupakan kenyataan bermotifkan politik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini cuba memainkan sentimen kononnya beliau seolah-olah kehilangan anak apabila saham Proton dibeli syarikat  dari China.

Mengulas pembelian saham itu, Shahir berkata, Zhejiang Geely Holding Group hanya akan memegang 49.9 peratus saham Proton.

Manakala, katanya, penguasan saham sebanyak 50.1 peratus masih dipegang oleh DRB-Hicom.

“Secara pengiraan mudah, syarikat Malaysia masih menguasai saham Proton. Jesteru, kami tidak merasakan isu ini harus berbangkit.

“Rakyat Malaysia sepatutnya diberikan kefahaman mengenai kerjasama DRB-Hicom dan Geely dari sudut strategi korporat dan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, Geely sudah membuktikan kejayaan dengan mencatatkan pertumbuhan keuntungan terbesar melalui kereta jenama Volvo dan The London Taxi Company.

Katanya, dari sudut strategi korporat pula, kerjasama kedua-dua pihak bersetuju bahawa Proton adalah jenama kereta nasional Malaysia.

Juster, katanya, misi kerjasama itu adalah untuk menjadikan Proton jenama paling laris dijual di Malaysia.

“Pada masa yang sama, Geely akan memindahkan teknologi Sports Utility Vehicle (SUV) kepada Proton yang telah terbukti melalui jenama Volvo.

“Kita semua sedar bahawa kebanyakan kereta Proton yang digunakan di atas jalan raya adalah kereta sedan. Ini merupakan suatu anjakan teknologi untuk Proton,” katanya lagi.

Tambah beliau, dari sudut ekonomi negara pula, Proton akan menjadi hab pengeluaran kereta “right-hand drive” jenama kereta Geely, termasuk Volvo.

Jelas beliau,  pusat Proton di Tanjung Malim akan gunakan sepenuhnya untuk tujuan ini sekali gus membuka peluang perkerjaan kepada rakyat Malaysia disamping peluang perniagaan diwujudkan kepada syarikat tempatan sebagai pembekal alat-alat ganti.

“Sekali lagi, Pemuda Ikatan menggesa semua pihak tidak mempolitikkan isu Proton ini kerana rakyat sudah muak dengan sandiwara politik,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvYafs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton

Itulah artikel Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ikatan-minta-hentikan-sandiwara-proton.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ikatan Minta Hentikan Sandiwara Proton"

Catat Ulasan

Loading...