Tajuk : Instagram Menguji Ciri Perkongsian Gambar Dikalangan Rakan Terdekat
link : Instagram Menguji Ciri Perkongsian Gambar Dikalangan Rakan Terdekat
Instagram Menguji Ciri Perkongsian Gambar Dikalangan Rakan Terdekat
Instagram pada hari ini telah menjadi salah satu platform perkongsian gambar, membolehkan pengguna berkongsi gambar dan dilihat oleh rakan-rakan yang mengikuti mereka. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat sejumlah gambar yang mungkin anda ingin berkongsi dengan keluarga terdekat sahaja dan tidak boleh dilihat oleh pengguna lain.
Menurut TheVerge, Instagram kini menguji ciri ini melalui apa yang dipanggil sebagai Favorites. Melaluinya, pengguna boleh menetapkan siapakah yang tersenarai dibawah Favorites, dan gambar yang dilabelkan dibawah ini hanya akan dapat dilihat oleh mereka yang dilabelkan dibawah nama ini sahaja.
Untuk makluman, pihak Facebook sendiri sedia mempunyai ciri perkongsian terhad pada laman sosial mereka, membolehkan pengguna menetapkan dengan siapa mereka berkongsi perkongsian mereka. Maka tidak menghairankan ciri sama kini turut hadir ke Instagram.
Buat masa ini, Instagram menguji ciri ini dikalangan pengguna terhad sahaja. Tidak mustahil kita melihat perkara ini diperkenalkan secara meluas – apatah lagi ini merupakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia dalam arena sosial.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t6R8iX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Instagram Menguji Ciri Perkongsian Gambar Dikalangan Rakan Terdekat
Anda sedang baca artikel Instagram Menguji Ciri Perkongsian Gambar Dikalangan Rakan Terdekat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/instagram-menguji-ciri-perkongsian.html
0 Response to "Instagram Menguji Ciri Perkongsian Gambar Dikalangan Rakan Terdekat"
Catat Ulasan