Tajuk : Institusi pengajian agama Islam dipelawa berdaftar jadi SABK
link : Institusi pengajian agama Islam dipelawa berdaftar jadi SABK
Institusi pengajian agama Islam dipelawa berdaftar jadi SABK
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata langkah itu secara tidak langsung akan membolehkan pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna.
"Daripada 400 institusi pengajian agama yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri masing-masing, hanya 215 sahaja yang telah berdaftar dengan kementerian dan seterusnya didaftarkan di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) secara automatik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Muar dan Program Pembina Negara Bangsa di sini, malam ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Muar.Pada majlis itu, Mahdzir turut meluangkan masa berbuka puasa bersama kira-kira 1,200 pemimpin masyarakat dan warga pendidik dalam Parlimen Muar.
Mengulas lanjut katanya, institusi tersebut perlu berdaftar dengan kementerian untuk diserapkan ke program SBAK bagi memastikan kurikulum kebangsaan dapat dilaksanakan.
Di bawah kurikulum kebangsaan, pelajar akan mempunyai dua laluan iaitu akademik dan agama.
Ini seterusnya akan dapat membantu mereka sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan kelak.
Katanya, sekiranya institusi-institusi pengajian ini didaftarkan dan menjadi SABK, ianya membolehkan pelajar mereka mempunyai kelayakan akademik seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan pada masa sama tidak mengenepikan pengajian keagamaan.
Ia katanya, seiring dengan keperluan masa kini yang memerlukan sekurang-kurangnya SPM untuk membolehkan mereka mengisi kekosongan dalam pelbagai jawatan di sektor awam mahu pun sektor swasta.
"Pelajar-pelajar ini perlu ada sekurang-kurangnya SPM kerana dalam tempoh beberapa tahun akan datang mereka perlukannya untuk bekerja," tambah Mahdzir.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2soOSn2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Institusi pengajian agama Islam dipelawa berdaftar jadi SABK
Anda sedang baca artikel Institusi pengajian agama Islam dipelawa berdaftar jadi SABK dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/institusi-pengajian-agama-islam.html
0 Response to "Institusi pengajian agama Islam dipelawa berdaftar jadi SABK"
Catat Ulasan