Loading...

iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’

Loading...
iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’
link : iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’

Baca juga


iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’


MAKIN lama, makin menjadi-jadi pula kes sindiket penipuan jual beli telefon bimbit menerusi laman beli-belah online.

Tidak terkecuali menimpa kepada penyanyi yang makin meningkat naik, Ara Johari yang baharu sahaja mengalami kerugian apabila telefon bimbit jenama iPhone 7 Plus miliknya dicuri oleh lelaki yang berhajat beli telefon tersebut.

Menurut penyanyi lagu Warkah Untukku ini, kejadian itu berlaku semalam di Damansara dan diuruskan oleh pembantu peribadinya.

“Urusan itu dikendalikan pembantu peribadi saya. Pada masa itu lelaki berkenaan sempat hubungi saya untuk buat rundingan harga sekali lagi. Perkara itu meyakinkan saya yang dia memang ingin beli.

“Saya difahamkan, lelaki itu memberikan pelbagai alasan termasuklah ingin cuba telefon itu dengan alat pengecas telefon yang berada dalam kereta. Ketika itu pembantu saya pun ikutnya ke kereta.

“Namun tanpa disangka dia membuat helah dengan membawa lari telefon itu. Pembantu saya cuba melawan dan membuka pintu kereta, tetapi gagal.

“Sejujurnya saya berasa ralat dan kecewa dengan apa yang berlaku. Namun saya reda dan anggap ia bukan rezeki. Apa yang penting pembantu peribadi saya selamat dan tidak diapa-apakan.

“Saya berharap orang ramai lebih berwaspada jika mahu membuat urusan jual beli seperti ini terutama individu yang tidak dikenali,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Ara, suspek yang melarikan telefon bimbitnya itu berusia lingkungan 20-an dan datang dengan seorang rakan bersama kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta Honda dipercayai menggunakan nombor plat palsu.

Katanya, dia mengiklankan telefon tersebut menerusi portal atas talian, Mudah.my. Sementara itu, Ara cuba menghubungi lelaki tersebut namun nombor telefonnya turut didapati palsu.

Ekoran kejadian itu, Ara telah membuat laporan polis akibat kecurian itu. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’

Itulah artikel iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/iphone-7-plus-ara-kena-curi-bakal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’"

Catat Ulasan

Loading...