Loading...
Tajuk : Isa Lantikan Pengerusi Bukan Eksekutif - Nancy
link : Isa Lantikan Pengerusi Bukan Eksekutif - Nancy
Isa Lantikan Pengerusi Bukan Eksekutif - Nancy
KUALA LUMPUR: Bidang tugas Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah tertakluk kepada kapasiti Pengerusi Bukan Eksekutif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, ketika menjelaskan pelantikan berkuat kuasa 19 Jun lalu itu berkata, portfolio Isa dalam SPAD sudah ditentukan.
Katanya, ia merangkumi tanggungjawab mempengerusikan Mesyuarat Anggota Suruhanjaya bagi memastikan hala tuju strategik seperti yang terkandung dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara.
"Sepanjang pengalaman bekerja dengan SPAD, saya yakin dengan komitmen Ketua Pegawai Eksekutif (Mohd Azharuddin Mat Sah) dan barisan pasukan pengurusannya yang sentiasa mengamalkan tahap tadbir urus tertinggi.
"Segala aspek pentadbiran suruhanjaya termasuk operasi, perancangan, pelesenan dan penguatkuasaan tertakluk kepada pentadbiran Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan pengurusan SPAD.
"Kerajaan turut menetapkan mekanisme kawalan untuk pelaksanaan projek infrastruktur seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (MyHSR) KL-Singapura dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi menjamin pembangunan pengangkutan awam darat yang telus, amanah serta berintegriti," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada 19 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan berkata, Isa menyuarakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) susulan kemelut yang melanda agensi perladangan bersepadu itu sejak kebelakangan ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan kemudian mengesahkan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik menggantikan Isa sebagai pemangku Pengerusi FGV, berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri juga bersetuju melantik Isa sebagai Pemangku Pengerusi SPAD, berkuat kuasa serta-merta bagi menghargai jasanya selama ini.
Nancy berkata, kerajaan mempunyai sistem semak dan imbang dalam pelaksanaan semua aktiviti serta operasi SPAD bagi memastikan pelaksanaan tadbir urus yang baik dalam kalangan anggotanya.
"Kita juga mempunyai jawatankuasa audit suruhanjaya dan bahagian undang-undang yang akan sentiasa meninjau pengoperasian sektor pengurusan," katanya. - BH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t17nhq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Isa Lantikan Pengerusi Bukan Eksekutif - Nancy
Itulah artikel Isa Lantikan Pengerusi Bukan Eksekutif - Nancy Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Isa Lantikan Pengerusi Bukan Eksekutif - Nancy dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/isa-lantikan-pengerusi-bukan-eksekutif.html
0 Response to "Isa Lantikan Pengerusi Bukan Eksekutif - Nancy"
Catat Ulasan