Tajuk : Isa Samad! Anda Sudah Rosak Persediaan PRU 14!
link : Isa Samad! Anda Sudah Rosak Persediaan PRU 14!
Isa Samad! Anda Sudah Rosak Persediaan PRU 14!
DATUK Seri Najib Razak, barangkali sudah bersedia menghadapi PRU 14. Hanya menunggu detik tepat untuk mengumumkannya. Paling tidak selepas berasa yakin suasana ekonomi menampakkan isyarat pemulihan apabila KDK suku pertama tahun ini mencatat prestasi baik pada angka 5.8 peratus.
Selaku PM, Najib hanya menanti beberapa perkara lagi mencatat prestasi memuaskan. Antaranya, pengukuhan ringgit pada paras RM4 per 1USD. Serta menantikan pelabur asing membawa kembali RM40 bilion pelaburan ke pasaran domestik.
Fakta ekonomi semasa cukup meyakinkan untuk mencapai matlamat itu. PM berusaha keras meyakinkan pelabur asing setelah pasaran modal kehilangan angka pelaburan dana asing berikutan kemelut kejatuhan harga minyak dan komoditi.
Pada suku pertama tahun ini, penganalisa mengumumkan RM10 bilion sudah kembali ke pasaran domestik; satu angka yang sangat memberangsangkan bagi mengukuhkan langkah menuju PRU 14.
Tugas PM kini hanya perlu memastikan harga barangan pengguna kembali stabil, serta mengukuhkan kawalan terhadap beberapa barangan pengguna yang disenaraikan sebagai masih belum dapat dikawal harga pasarannya.
Namun, isu FGV kini menjadi bom jangka yang tidak diduga. Bom FGV yang mula berdetak jarum letupannya tiga hari lalu, kini meletakkan PM kembali dalam berada keadaan sukar. Apa lagi, FGV berkait secara langsung dengan sentimen pengundi Felda yang selama ini antara aset utama yang menyumbang kepada undi popular dan dianggap akaun sokongan tetap terhadap BN.
Ini masalah Tan Sri Isa Samad! Ahli politik veteran yang sudah malap lampu politiknya. Isa tiba-tiba menjadi liabiliti utama sekiranya PRU 14 mahu diadakan.
Ketidakcekapan Isa mengendalikan isu FGV kini menjadi bom jangka yang mampu meletupkan prestasi BN menuju PRU 14.
Tindakan Isa kini satu liabiliti politik kerana dia menguruskan aset institusi ekonomi yang sangat sensitif terutama di kalangan pengundi Felda.
Isa dengan semborono dan sangat tidak cekap, gagal mengendalikan FGV yang menjadi institusi penting terutama status institusi itu sebagai lambang kejayaan peneroka Felda. FGV aset bersimbolkan kepentingan peneroka Felda yang dikendalikan kerajaan.
Soal samada Isa atau Presiden dan CEO FGV, Datuk Zakaria Arshad yang bersalah, bukan lagi isu dalam konteks menuju PRU 14. Isu utamanya, seorang pengerusi sebuah institusi yang mendokong imej kerajaan dan kepercayaan pengundi Felda kini menjadikan prestasi kerajaan nampak buruk dan tidak cekap. Malah, dicurigai kerana Isa dilihat pilihan kerajaan menduduki kerusi Pengerusi Felda.
Lebih parah, bukan Zakaria sahaja dicutikan, tindakan drastik itu turut membabitkan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
Empat nama sasa ini memberi persepsi: Tindakan ditujukan secara pakej membabitkan barisan korporat utama dalam pengurusan eksekutif FGV.
Soal siapa benar dan siapa salah bukan isu lagi ketika imej FGV kini terseret ke kancah implikasi politik menjelang PRU 14. Cara Isa mengendalikan kes ini hingga berlarutan di luar kawalan, menyebabkan imej kerajaan kini menjadi eye ball pengundi. Ia meletakkan kerajaan dan BN dalam kemelut yang tidak sepatutnya wujud ketika genta PRU 14 sudah kuat dipalu.
Isa ada rekod buruk dalam UMNO, dan dalam politik, reputasi peribadinya juga menjadi beban tambahan apabila kes ini dirujuk pada profil setiap individu yang terlibat.
Paling tidak, isu Isa pernah dikenakan hukuman digantung dalam Umno kerana terbabit dalam politik wang ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada Jun 2005, digelidah dan dijadikan sebagai modal politik bagi mencemarkan imej kerajaan.
Pada 25 Jun 2005, media arus perdana melaporkan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad digantung jawatan dan keahliannya selama dua penggal atau enam tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.
Keputusan itu dibuat panel yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.
Fakta ini menjadi bayang-bayang yang membentuk imej Isa di balik kemelut ini. Tiada tuduhan Isa bersalah dalam isu FGV. Isa tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.
Cuma dalam politik, fakta ini memberi persepsi sementara terhadap masyarakat. Walaupun ia bukan fakta sahih yang bersifat: Salah dalam UMNO bererti salah dalam isu FGV.
Tetapi dalam politik, apatah lagi menjelang PRU 14, pembangkang dan rakyat akan berbalik pada sejarah sebagai timbal ukuran.
Menantikan siasatan Datuk Idris Jala yang dilantik sebagai penyiasat mewakili Pejabat Perdana Menteri, tidak menjanjikan fakta kes boleh dihuraikan dalam masa yang singkat.
Idris selalu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd pasti memerlukan tempoh yang panjang dalam mengumpulkan fakta dan bukti. Idris mesti mengemukakan fakta yang konkrit supaya hasilnya tidak dilihat cuba memihak.
Idris perlukan banyak masa meneliti data forensik mengenai kontrak-kontrak serta isu kecuaian pembayaran yang dikaitkan dalam pertuduhan kedua-dua pihak.
Ini kerana Isa dan Zakaria sudah mengemukakan maklumat masing-masing. Ia mungkin maklumat berkepentingan antara dua profil korporat. Tetapi yang menanggung padah ialah kerajaan.
Tindakan Isa terhadap Zakaria juga menyeret bekas CEO FGV itu membawa dokumen dan bukti kepada SPRM. Ini akan menburukkan lagi keadaan kerana keputusan siasatan SPRM tidak mungkin siap dalam masa sesingkat enam bulan.
Jika PRU 14 berjalan tanpa sebarang penyelesaian dalam siasatan Idris dan SPRM, ia pasti menjadi modal politik pembangkang dan tentu besar impaknya pada kedudukan BN dan Umno.
Jadi: Apakah Isa sedar selaku Pengerusi FGV – kerosakan yang berlaku sangat besar impaknya terhadap kerajaan dan BN.
Jentera pilihanraya Umno dan BN pasti mulai sakit kepala. Sekali pun baharu dua hari isu FGV meletup, bebannya sudah dirasakan. Ia bukan beban kecil; jentera Umno dan BN perlu menanganinya. Malah mungkin isu FGV akan menjadi liabiliti terbesar pada BN kalau PRU 14 diadakan dalam tempoh terdekat.
Zakaria pasti ada benda untuk didedahkan. Samada relevan atau tidak, setiap maklumat dan kenyataan Zakaria akan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiasat.
Jadi, selagi tiada keputusan siasatan, ia satu beban yang ditanggung jentera PRU 14 BN dan Umno. Tanpa keputusan siasatan, BN dan Umno tidak mampu menanggung spekulasi dan manipulasi pembangkang dalam menyeret isu ini. Apa lagi kalau pembangkang menjadikan kes ini sebagai isu utama PRU 14.
Pastinya, di setiap kempen membabitkan pengundi Felda, isu inilah bakal menjadi topik utama.
Semua pelobi dan jentera PRU 14 Umno dan BN sudah terasa padah apabila Isa membiarkan pergolakkan dalam FGV menjadi isu peribadi antara beliau dan Zakaria.
Oh! Isa Samad. Tahukan berapa besar harga kerosakan yang telah anda lakukan! – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXv3lz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Isa Samad! Anda Sudah Rosak Persediaan PRU 14!
Anda sedang baca artikel Isa Samad! Anda Sudah Rosak Persediaan PRU 14! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/isa-samad-anda-sudah-rosak-persediaan.html
0 Response to "Isa Samad! Anda Sudah Rosak Persediaan PRU 14!"
Catat Ulasan