Loading...

'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'

Loading...
'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'
link : 'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'

Baca juga


'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'

MALAYSIAKINI


Susulan tindakan bintang Holloywood Amerika Leonardo DiCaprio dan model Australia, Miranda Kerr memulangkan aset yang dicari seperti dinamakan dalam saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, tumpuan kini adalah kepada isteri ‘Malaysian Official 1'(MO1) untuk melakukan perkara sama.

"Dengan DiCaprio dan Kerr memulangkan hadiah berjuta-juta dolar Amerika dari (ahli perniagaan) Jho Low kepada DOJ, semua kini tertumpu kepada 'isteri MO1'," kata pemimpin parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Dua minggu lalu, DiCaprio memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB dan berusaha memulangkan barangan lain yang tidak dinamakan yang diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan amal.

Sementara itu, hari ini, Kerr menyerahkan barangan kemas bernilai AS$8.1 juta kepada DOJ. Barangan kemas itu dikatakan dihadiahkan oleh hartawan Malaysia, Jho Low yang membelinya dengan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB .

DOJ memfailkan saman sivil ketiga berkaitan 1MDB dan kini meletakkan jumlah yang didakwa diselewengkan pada nilai AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas aset AS$1.7 bilion yang dituduh diperolehi dengan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB.

Dalam pemfailan terbaru, DOJ juga menyenaraikan 28 barangan kemas lain, yang didakwa dibeli untuk isteri MO1, termasuk rantai berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membidas DOJ sebagai tidak adil kerana menjadikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - sebagai sasaran dalam saman terbaru.

Menamakan Rosmah sebagai isteri MO1, Abdul Rahman berkata, DOJ memberi bayangan seolah-olah beliau terlibat dan maksud tersirat bahawa beliau telah melakukan kesalahan, sedangkan DOJ tidak merancang untuk merampas barangan kemas itu, termasuk kalung berlian 22 karat tersebut, yang didakwa dibeli untuk isteri MO1.

Sebelum ini, susulan pemfailan saman berkaitan 1MDB yang pertama, Rahman juga mengesahkan bahawa 'MO1' yang disebut dalam dokumen itu adalah Najib.

Lim, dalam kenyataannya pada hari ini, berkata tumpuan kini adalah kepada Rosmah, dan sama ada beliau bersetuju dengan Rahman bahawa dirinya adalah wanita yang disebut sebagai "isteri MO1" dalam saman DOJ.

Jika ya, maka beliau perlu mengesahkan sama ada dirinya menerima hadiah daripada Jho Low yang didakwa dibeli dengan dana yang diselewengkan itu, kata Lim.

Akhir sekali, menurut beliau, jika Rosmah menerima hadiah itu, adakah beliau akan mencontohi DiCaprio dan Kerr (foto, atas, kanan) dengan menyerahkannya semua kepada DOJ?

Walau bagaimanapun, berbeza dengan hadiah DiCaprio dan Kerr yang disenaraikan sebagai barangan yang cuba dirampas oleh DOJ, 28 barangan kemas yang dibeli oleh atau untuk isteri MO1 tidak disenaraikan sebagai barangan yang ingin disita.

Dalam satu kenyataan yang berasingan, peguam Haniff Khatri Abdulla berkata isteri MO1 kini mempunyai kewajipan moral untuk menjawap dakwaan DOJ bahawa beliau menerima 28 barangan kemas itu sebagai hadiah.

Adalah pelik, Haniff berkata, sejak DOJ memfailkan dalan terbarunya 12 hari lalu, tidak ada sebarang jawapan daripada isteri MO1 mengenai tuntutan itu sama sekali.

“Bukankah kini terbukti, penghibur mahupun artis antarabangsa yang bukan Islam, seperti model Miranda Kerr ini, mempunyai nilai moral yang jauh lebih tinggi daripada kita yang menggelar diri sebagai Islam?

“Bukankah isteri MO1 yang digelar segelintir pihak sebagai ‘pemimpin Islam’ itu wajib menzahirkan nilai moral yang selari dengan tuntutan Islam, berkaitan dakwaan DOJ,” soal Haniff.




Thus Article 'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'

Itulah artikel 'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/isteri-mo1-juga-mesti-pulangkan-berlian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'"

Catat Ulasan

Loading...