Loading...

Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’

Loading...
Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’
link : Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’

Baca juga


Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’

THE MALAYSIAN TIMES

 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),  Salahuddin Ayub berkata isu calon Perdana Menteri bukanlah satu keutamaan yang mendesak di kalangan pimpinan Amanah.
 
“Sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), telah banyak kali saya diajukan persoalan oleh peminat serta pemerhati politik termasuklah khususnya daripada rakan-rakan media mengenai isu siapakan calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH). Mereka juga menanyakan tidakkah Amanah juga berhasrat untuk menamakan beberapa pemimpin utamanya sebagai calon Perdana Menteri.
 
“Saya memilih untuk mengambil sikap tidak memberikan jawapan atau respon spontan (knee-jerk response) kerana buat masa dan ketika ini isu calon Perdana Menteri di kalangan pimpinan Amanah bukanlah satu keutamaan yang mendesak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurut Salahuddin, keutamaan Amanah ketika ini adalah berusaha untuk menjadi penyumbang terbaik demi untuk memperkukuh kedudukan dan pengaruh Pakatan Harapan (PH) agar mendapat sokongan dan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) nanti.
 
“Di samping, kami terlalu banyak lagi tugas dan tanggungjawab untuk menguatkan organisasi dan jentera parti yang masih baru ini.
 
“Amanah juga mengambil peranan untuk memastikan segala kepercayaan dan keputusan yang ditugaskan kepada Amanah samada oleh Majlis Presiden PH atau Sekritariat PH dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
 
“Melalui pengalaman kami di persada politik negara, kami bercita-cita untuk menjadi pemain politik yang kritikal (critical political actors) bagi menggapai hasrat rakyat untuk mengecapi kesejahteraan hidup dengan membina kecermerlangan PH,” katanya.
 
Beliau berkata Amanah juga fokus bersama PH untuk memastikan rakyat di peringkat akar umbi difahamkan dan diyakinkan untuk melakukan “perubahan besar” dalam PRU ke 14 melalui kempen besar-besaran ke seluruh negara.
 
“Segala polisi dan tawaran besar PH mesti disampaikan kepada rakyat jelata.
 
“Amanah memperakui tokoh-tokoh tersohor dan berpengalaman seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad amat berkelayakan untuk menggalas tugas besar itu, sekiranya PH diberikan mandat dalam PRU akan datang.
 
“Amanah berpandangan pada tahap hari ini, PH perlu untuk memahami apakah perkara-perkara yang menjadi keutamaan rakyat yang sedang bergelut dengan kehidupan yang semakin menghimpit ini.
 
“PH mesti tampil dengan tawaran-tawaran besar yang menyakinkan rakyat untuk memilih kita mentadbir Putrajaya.
 
“Dengan berbekalkan pengalaman dan kudrat yang ada, kami dari Amanah akan terus memberikan segala komitmen dan kesetiaan pada maufakat politik yang telah kita bina bersama dalam PH ini Insya’ Allah,” katanya.
 
 


Thus Article Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’

Itulah artikel Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/isu-calon-pm-amanah-tak-terdesak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu calon PM: Amanah tak ‘terdesak’"

Catat Ulasan

Loading...