Loading...

ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI

Loading...
ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI
link : ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI

Baca juga


ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 50 orang dijangka akan dipanggil sebagai saksi untuk membantu dalam siasatan isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Operasi) Datuk Azam Baki berkata, mereka dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung perkara itu akan dipanggil untuk merekodkan kenyataan mereka.

“Kenyataan daripada individu-individu ini penting untuk membolehkan kami melengkapkan siasatan, yang sudah bermula sejak minggu lalu.

“Pasukan siasatan juga akan pergi ke pejabat Felda sekali lagi untuk mengambil dokumen-dokumen yang berkaitan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Ditanya mengenai tempoh siasatan, Azam berkata ia bergantung kepada kerjasama saksi.

“Kami percaya kenyataan-kenyatan tersebut akan membantu SPRM untuk melengkapkan kes ini secepat mungkin. Ia juga bergantung kepada bukti yang dikumpul,” katanya.

Azam tidak menolak kemungkinan akan turut merekodkan kenyataan Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta Presiden FGV dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad.

Beliau juga berkata siasatan terhadap FGV oleh SPRM dan pihak bebas yang diketuai oleh bekas menteri Datuk Seri Idris Jala tidak akan bertindih.

“Skop siasatan kami adalah berbeza. Datuk Seri Idris Jala cuba untuk mengaitkan jika terdapat pelanggaran dasar dan prosedur operasi standard.

“Malah, kami boleh membantu antara satu sama lain bagi mengetahui apa yang berlaku,” kata Azam.

Pada 6 Jun lalu, Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan lembaga itu dibuat sehari selepas Zakaria diarah meletakkan jawatan oleh Mohd Isa berikutan beberapa siri mesyuarat lembaga sejak 31 Mei, berkaitan tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products.

Khamis lepas, pasukan penyiasat hadir ke pejabat FGV di Menara Felda dan merampas beberapa kotak fail serta dokumen.

– Mstar

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVFcgJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI

Itulah artikel ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/isu-fgv-sprm-dijangka-panggil-lebih-50.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ISU FGV: SPRM DIJANGKA PANGGIL LEBIH 50 SAKSI"

Catat Ulasan

Loading...