Loading...

Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

Loading...
Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum
link : Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

Baca juga


Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum video yang ditularkan melalui media sosial mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan bahan peluntur benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menjejaskan kesihatan.

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan di dalam tepung. Benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).

Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC) iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum. Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ianya digunakan dalam semua makanan.

Hasil pemantauan KKM ke atas 202 sampel pelbagai tepung di pasaran dari tahun 2014 menunjukkan semua tepung tersebut mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.

KKM amat peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan sentiasa memantau isu-isu berhubung keselamatan makanan. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://ift.tt/1vVF64U.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : [email protected]

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rj6RXD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

Itulah artikel Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/isu-penggunaan-benzoil-peroksida-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum"

Catat Ulasan

Loading...