Loading...

Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan

Loading...
Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan
link : Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan

Baca juga


Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan

PASIR MAS – Itik serati dan ayam kampung salai antara juadah yang mendapat permintaan tinggi daripada umat Islam di negeri ini untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Kebiasaannya itik serati dan ayam kampung menjadi pilihan untuk dimasak gulai lemak dan kerutuk oleh pengemarnya kerana mempunyai keenakan tersendiri.

Seorang penjual juadah itu, Mohd Firdaus Aznin, 16, berkata sebanyak 10 ekor itik serati dapat dijual sehari manakala ayam kampung antara 10 dan 15 ekor.

“Harga bagi seekor itik serati salai dijual dengan harga antara RM35 dan RM65 seekor manakala ayam kampung salai antara RM18 dan RM21 seekor, bergantung kepada saiznya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di gerainya di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Lubok Jong, di sini hari ini.

Mohd Firdaus yang menjual itik serati dan ayam kampung salai sejak tiga tahun lalu berkata permintaan sentiasa tinggi terutama pada bulan Ramadan namun bekalan sentiasa tidak mencukupi kerana kurangnya penternak yang menternak secara komersial.

Seorang lagi peniaga Mohd Sukir Fitri Che Baharom, 17, berkata walaupun itik serati salai popular dan memberi pulangan yang tinggi namun bagi mendapatkan bekalan agak sukar tidak seperti ayam kampung.

“Saya mendapatkan bekalan itik dari pelbagai tempat termasuk membelinya daripada penduduk kampung, selain menternaknya sendiri secara kecil-kecilan,” katanya.

Seorang pengusaha kedai makan yang menjadikan masakan itik serati sebagai menu utama, Che Mariam Che Mahamood, 45, berkata salai yang menggunakan bara api daripada kayu adalah cara masyarakat dahulu untuk menyimpan daging mentah dalam tempoh yang lama bagi mengelakkan ia rosak.

“Itik salai ini lebih sedap dan lembut isinya dengan aroma yang sedap dan kebiasaannya itik tersebut disalai antara satu dan dua jam,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rnzXGe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan

Itulah artikel Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/itik-serati-dan-ayam-kampung-salai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Itik Serati Dan Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan"

Catat Ulasan

Loading...