Loading...

Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami

Loading...
Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami
link : Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami

Baca juga


Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami

Satu kerisauan di hati isteri yang paling meresahkan ialah bila suami mula tunjuk tanda-tanda tak sayang. Atau suami mula tak melayan dirinya seperti sebelum-sebelum ini.

Sepantas kilat, fikiran isteri buat perbandingan; suami ada orang lainkah? tak cantik lagikah aku di matanya. Walaupun tak payahlah fikir sampai begitu, tapi itulah kepakaran seorang isteri.

Baca perkongsian penulis Nik Mohd Iznan tentang 5P yang boleh isteri praktikkan untuk memikat suami sendiri.

Catatan: Yang belum berkahwin pun boleh baca sebagai persediaan

P1 - PERIBADI

P yang pertama ialah peribadi. Isteri perlu menunjukkan sifat keperibadian yang unggul. Sifat keperibadian yang tinggi.

Dalam konteks ini, agama adalah penting. Jadikan wanita-wanita yang dijamin syurga sebagai idola. Ikut jejak langkah Siti Khadijah dan Siti Aisyah sebagai contoh serikandi.

Sabda Rasulullah S.A.W. sebagagaimana riwayat oleh Muslim: "Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."

Banyakkan membaca buku-buku, majalah dan laman web yang berunsur keagamaan. Sentiasa menghadiri majlis ilmu untuk memantapkan lagi ilmu agama. Jaga diri, jaga peribadi, jaga suami, insya-Allah syurga menanti.

P2 - PENAMPILAN

P yang kedua ialah penampilan. Siapa tidak mahu memiliki wajah yang berseri. Putih melepak macam selebriti. Gebu menawan macam roti. Pinggang ramping macam artis terkini.

Ada banyak produk-produk yang lulus KKM di pasaran. Namun jangan tersalah pilih produk. Nanti semakin teruk wajah. Yang penting, badan sentiasa wangi dan wajah berseri dengan senyuman. Jangan kedekut untuk keluarkan belanja bagi membeli pakaian-pakaian yang murah tapi cantik. Untuk suami juga.

Tidak kisahlah macam mana pun. Yang penting, sentiasa menjaga penampilan untuk suami. Urus diri sebaik mungkin. Jaga penampilan, suami sayang!

P3 - PEMAKANAN

P yang ketiga ialah pemakanan. Pemakanan di sini adalah merujuk kepada masakan di rumah. Dalam konteks zaman moden yang serba mencabar ini, ramai suri rumah berkerjaya tidak ada masa untuk memasak. Setiap hari beli lauk di kedai. Impaknya, suami jatuh hati kepada tukang masak di restoran Pattaya.

Tidak pandai masak, tidak ada masalah. Boleh belajar, belajar dan belajar. Balik kampung belajarlah dengan ibu sendiri atau ibu mentua. Malah, boleh buka Youtube belajar masakan. Sentiasa memperbaharui resepi-resepi terkini.

Jangan pernah tanya suami, "Sedap tak?"

Tapi lihat secara psikologi. Kalau makan bertambah, sedaplah itu.

P4 - PEMAKAIAN

P yang keempat ialah pemakaian. Bab penampilan sudah disebut dalam P2. Penampilan juga termasuk dalam pemakaian diri. Fokus pemakaian di sini ialah pemakaian suami. Jaga pakaian suami. Sentiasa bersedia dengan pakaian bergosok. Kotor basuh. Jangan biarkan suami basuh sendiri pakaian. Tapi kalau suami yang jenis ringan tangan tidak ada masalah. Itu tanda sayang.

Ambil tahu saiz kasut suami, saiz seluar, saiz baju, seluar yang macam mana digemari suami dan lain-lain.

Kalau suami tanya pendapat tentang fesyen, jangan jawab acuh tidak acuh. "Baju yang ini dengan yang ini mana cantik?" "Dua-dua cantik." Wahai kaum hawa, jangan jawab begitu. Ambil masa, dan fikirkan jawapan yang lebih sesuai. "Dua-dua cantik. Tapi yang merah ini lebih menampakkan keberanian abang." Ha, begitu.

P5 - PENGURUSAN KEWANGAN

P kelima ialah Pengurusan Kewangan. Ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Ada yang turut bekerja membantu suami. Malah, ada wanita yang menjawat jawatan sebagai CEO, dengan gaji yang lebih tinggi daripada suami.

Suami suka isteri yang tidak boros, cermat, dan pandai berbelanja. Dengan kata lain, sangat cekap dalam bab-bab pengurusan kewangan. Banyakkan juga membaca buku-buku tentang kewangan dan peluang-peluang pelaburan.

Ini demi masa depan anak-anak juga. Rajin-rajinlah menyimpan. Biar sedikit, yang penting ada juga menyimpan. Suami sangat suka kalau tiba-tiba isteri tiba-tiba mengusulkan begini:

"Abang, jom pergi Langkawi lepas raya. Sayang belanja."

Sumber: FB Nik Mohamad Iznan via Mingguan Wanita



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHUPv4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami

Itulah artikel Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/jadi-isteri-jaminan-syurga-mulakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jadi Isteri Jaminan Syurga, Mulakan Dengan Projek 5P Untuk Memikat Suami"

Catat Ulasan

Loading...