Loading...

Jang tidak rela dimalukan Pahang

Loading...
Jang tidak rela dimalukan Pahang - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jang tidak rela dimalukan Pahang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jang tidak rela dimalukan Pahang
link : Jang tidak rela dimalukan Pahang

Baca juga


Jang tidak rela dimalukan Pahang



ARKIB : 29/04/2006

Oleh: AINOL AMRIZ ISMAIL

SEREMBAN – Semangat Negeri Sembilan Naza tidak mudah ‘dilondehkan’ Pahang, walaupun mereka berusaha memalukan skuad Jang itu pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Dengan bersandarkan barisan senior yang cukup kental dan teguh mental mereka, Negeri Sembilan Naza pasti tidak mahu dimalukan Pahang, apatah lagi di hadapan peminat dan penyokong setia skuad Jang di gelanggang sendiri.

Jurulatih Negeri Sembilan Naza, K. Devan berkata, kesemua pemain senior, Khairul Anuar Baharum, Idris Karim, Che Hishamuddin Hassan, Ching Aik Hong dan Rezal Zambery Yahya telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi latihan minggu ini.

“Mereka berada di tahap memuaskan dan pasti melakukan kejutan pada aksi bertemu Pahang di gelanggang sendiri,” katanya di sini, semalam.

Menurut K. Devan, kembalinya Che Hishamuddin dan Christian Bekamengo dari kecederaan semasa beraksi menentang Telekom Melaka dalam saingan Liga Super minggu lalu, nyata memberikan kekuatan semangat kepada skuad Negeri Sembilan Naza untuk membaham ego Pahang dalam saingan itu nanti.

Katanya, Negeri Sembilan Naza tidak bermain dalam keadaan tertekan berbanding Pahang yang terlalu optimis, bahawa mereka berupaya menjulang trofi Piala FA ini.

“Saya telah katakan kepada pemain, kalau anda sudah berada dalam empat pasukan terbaik, lebih baik teruskan aksi akhir.

Biarkan Pahang dengan impiannya, kita pasti menyekat cita-cita ciptaan Pahang itu," jelasnya.

K. Devan juga gembira apabila Buston Nagbe Brown dan Jason Williams juga berada dalam tahap terbaik untuk dimasukkan dalam kesebelasan utama pada pertemuan itu, walaupun tanpa kelibat Mohd. Zaquan Adzha dan Mohd. Aidil Zafuan yang kini menyertai skuad kebangsaan bawah 21 tahun di Perak.

“Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) juga banyak memberikan motivasi dan atas sikap prihatin dalam menjaga kebajikan telah menyebabkan pemain merasa, inilah masanya untuk buktikan kepada persatuan dan penyokong dengan mencatatkan kejayaan dalam aksi menentang Pahang,” ujarnya.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Negeri Sembilan Naza mencatatkan keputusan seimbang.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2tbI50f
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Jang tidak rela dimalukan Pahang

Itulah artikel Jang tidak rela dimalukan Pahang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jang tidak rela dimalukan Pahang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/jang-tidak-rela-dimalukan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jang tidak rela dimalukan Pahang"

Catat Ulasan

Loading...