Loading...

JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Loading...
JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah
link : JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Baca juga


JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Pasukan JDT menegaskan Farizal tetap berada dalam pasukan itu dan orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali percaya kepada laman tidak rasmi yang hanya menimbulkan cerita sensasi tidak sahih. (Gambar: johorsoutherntigers - Facebook)

Johor Darul Ta'zim (JDT) menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana portal berita dan laman tidak rasmi yang menyebarkan fitnah serta sengaja mensensasikan cerita tidak sahih mengenai pasukan bola sepak itu.

Setiausaha Kehormat Kelab Bola Sepak JDT, Kapten Mohd Fahmy Yahya berkata JDT juga telah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas portal dan laman sesawang yang terus menyiarkan berita tidak benar.

"JDT mengutuk sekeras-kerasnya portal-portal dan laman tidak rasmi yang menyebarkan fitnah dan sengaja mensensasikan cerita yang tidak sahih.

"Pihak JDT juga telah mendapatkan khidmat nasihat dari peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas portal-portal dan laman web tersebut yang terus membuat cerita dan menyebarkan fitnah yang boleh menggugat ketenteraman beberapa pihak contohnya sebaran artikel mengenai seorang penjaga gol dengan kelab JDT.

"Cerita yang tidak berfaedah ini boleh membawa kepada ketidaksenangan orang ramai dan para penyokong serta tanggapan negatif kepada pihak yang terlibat," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam akaun rasmi Facebook Johor Southern Tigers.

Sebelum ini, Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan dalam Facebook Johor Southern Tigers turut menegaskan bahawa JDT tidak akan menggantikan penjaga gol pasukan itu, Farizal Marlias dengan sesiapa.

Ini kerana kata Edwards, Farizal tetap berada dalam pasukan JDT serta meminta orang ramai tidak sesekali percaya kepada laman tidak rasmi yang hanya menimbulkan cerita sensasi tidak sahih.

"Kami ingin tegaskan di sini bahawa JDT tidak akan menggantikan penjaga gol, Farizal dengan sesiapa kerana Farizal tetap berada dalam pasukan kami. Jangan sesekali percaya kepada laman tidak rasmi yang hanya mahu menimbulkan cerita sensasi yang tidak sahih.

"Tiada penjaga gol baharu dalam perancangan JDT. Ini kerana kami mempunyai dua lagi penjaga gol yang berpotensi tinggi dan bagus iaitu Izham Tamizi dan Muhammad Haziq," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s12HVz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Itulah artikel JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/jdt-mahu-ambil-tindakan-undang-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah"

Catat Ulasan

Loading...