Loading...

JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA

Loading...
JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA
link : JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA

Baca juga


JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA

TOKYO – Kim Jong-nam memiliki wang tunai US$120,000 (RM511,806) ketika beliau diracun, beberapa hari selepas bertemu perisik Amerika Syarikat di Langkawi.

Abang pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un dibunuh di lapangan terbang KLIA Februari lalu oleh dua wanita dengan bahan kimia paling bahaya VX.

Jong-nam bertemu rakyat Amerika tersebut selama dua jam di sebuah hotel di pulau peranginan itu dan mendapat wang itu di Malaysia, lapor Bloomberg yang memetik akhbar Asahi.

Akhbar Jepun itu menyebut pihak berkuasa Malaysia percaya wang itu bayaran makumat yang didedahkan kerana tiada rekod mendiang mengeluarkan wang dari bank.

Pihak berkuasa Malaysia menemui empat bungkusan wang baru US$100 dalam 300 susunan di dalam beg mendiang, yang tidak sebulu dengan adiknya.

Jong Nam mempunyai pasport diplomat, sebab itu begnya tidak diperiksa dengan teliti apabila keluar-masuk negara ini, lapor Asahi lagi.

Mei lalu, akhbar itu melaporkan mendiang pernah berhubung dengan perisik itu empat hari sebelum kematiannya. Beliau tiba di Malaysia pada 6 Februari.

Dua hari kemudian, tanpa memaklumkan kepada mereka yang rapat dengannya, beliau bertolak ke Langkawi untuk bertemu lelaki pertengahan umur keturunan Korea-Amerika.

Kamera litar tertutup (CCTV) hotel terbabit menunjukkan kedua-duanya bertemu kira-kira 1 petang sebelum berpisah dua jam kemudian.

Perisik itu, yang tiba pada hari sama Jong Nam sampai, diketahui sudah bertemu mendiang beberapa kali sebelum itu.

Analisis komputer riba mendiang mendapati kad memori USB dimasukkan, menimbulkan spekulasi sejumlah besar maklumat yang tidak boleh disampaikan melalui lisan diserahkan kepada perisik itu.

Jong Nam berlepas dari Langkawi ke KLIA pada 12 Februari, sehari sebelum beliau dibunuh. Warga Amerika Syarikat itu meninggalkan Malaysia pada hari yang sama.

Tindakan ini dilaporkan antara punca anak sulung bekas diktator Kim Jong-il dibunuh oleh ejen-ejen Korea Utara.

– Malay Mail

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4pPCE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA

Itulah artikel JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/jong-nam-bawa-rm511806-selepas-jumpa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JONG-NAM BAWA RM511,806 SELEPAS JUMPA EJEN AMERIKA"

Catat Ulasan

Loading...