Loading...
Tajuk : Kali ini penduduk Islam dianggap Wira pula......
link : Kali ini penduduk Islam dianggap Wira pula......
Kali ini penduduk Islam dianggap Wira pula......
Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira
mStar - Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 3:36 PM
PETALING JAYA: Penduduk Islam yang bangkit bersahur awal pagi, diangkat sebagai wira selepas menyelamatkan banyak nyawa dalam kejadian kebakaran Grenfell Tower di London pada pagi Rabu.
Media British melaporkan penduduk Islam yang menetap di kediaman setinggi 24 tingkat itu antara yang pertama menyedari tentang kebakaran terbabit dan segera memberi amaran dengan mengetuk pintu jiran-jirannya.
Kebakaran yang telah meragut nyawa seramai 12 orang setakat ini, merebak secara dengan pantas ketika ramai penghuni sedang tidur, diburukkan lagi apabila penggera kebakaran yang tidak berbunyi menyebabkan ramai yang tidak menyedari kejadian itu.
Namun, beberapa penghuni Muslim, yang telah bangun untuk memulakan ibadah puasa mereka telah mengambil tindakan pantas memberi amaran apabila mereka terhidu bau asap.
Salah seorang dari mereka adalah Khalid Suleman Ahmad, 20, yang memberitahu HuffPost UK bahawa dia sedang menunggu waktu sahur ketika melihat ke luar tingkap di aras lapan dan ternampak asap yang keluar dari aras bawah.
“Saya mengejutkan ibu saudara saya dan memakai baju sebelum bergegas mengetuk pintu jiran-jiran. Setiap rumah membukanya kecuali dua buah rumah ,” katanya.
“Seluruh koridor dipenuhi asap tebal. Saya tidak tahu kebakaran itu serius tetapi kami keluar kerana ingin selamat,” katanya sambil menambah kira-kira 20 minit kemudian seluruh rumahnya hangus dijilat api.
Beberapa laporan lain yang memetik kenyataan saksi, menyifatkan tindakan penduduk Muslim di tempat kejadian sebagai hero dan penyelamat ketika pasukan bomba berusaha untuk memadamkan api dan mengeluarkan mangsa.
Andre Barroso, 33, memberitahu The Independent bahawa Muslim memainkan peranan yang besar kerana menyelamatkan ramai orang.
“Saya melihat ramai Muslim dan mereka juga menyediakan makanan dan pakaian,” katanya.
Beberapa masjid dan pusat kebudayaan Islam juga mengalu-alukan dan membantu mereka yang cedera, sementara mereka yang beragama lain juga terlibat dalam menyumbang keperluan asas kepada penghuni Grenfell Tower.
Buat masa ini, lebih dari 50 orang telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan mengikut kadar kecederaan dan beberapa orang mangsa dilaporkan cedera parah.
mStar - Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 3:36 PM
ASAP tebal akibat kebakaran di Grenfell Tower pada 14 Jun 2017. - AFP

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmFUlX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kali ini penduduk Islam dianggap Wira pula......
Itulah artikel Kali ini penduduk Islam dianggap Wira pula...... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kali ini penduduk Islam dianggap Wira pula...... dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kali-ini-penduduk-islam-dianggap-wira.html
0 Response to "Kali ini penduduk Islam dianggap Wira pula......"
Catat Ulasan