Tajuk : Kecoh Neelofa hilang, Fattah dan Fazura datang MeleTOP
link : Kecoh Neelofa hilang, Fattah dan Fazura datang MeleTOP
Kecoh Neelofa hilang, Fattah dan Fazura datang MeleTOP
NEELOFA! Mana kamu hilang? Gara-gara tidak muncul dalam program hiburan popular MeleTOP malam Selasa, hos rancangan itu, Neelofa dikecam netizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura.
Netizen khususnya peminat gabungan pelakon Hero Seorang Cinderella yang digelar Fattzura itu mempersoalkan tindakan Neelofa sebagai sengaja tidak mahu bertemu pasangan itu.
Hos pada malam itu digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad.
Nabil ketika ini mengerjakan umrah di Makkah.
Selain itu, akaun Instagram @Meletop turut dihujani lebih 50,000 komen yang memberikan reaksi dan pendapat kerana tidak berpuas hati atas sikap Neelofa itu.
Usaha mStar Online mendapatkan komen Neelofa bagi mengulas kehilangannya itu masih belum berhasil.
Bagaimanapun, pada episod minggu lalu, Neelofa dan Nabil ada mengumumkan bahawa kedua-dua mereka akan cuti bekerja bagi mengerjakan ibadah umrah namun difahamkan Neelofa ketika ini masih lagi berada dalam negara.
Sementara itu, gandingan pertama kali Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf turut menjadi perhatian penonton.
Kedua-dua mereka dikatakan lebih tenang dan segar untuk mengendalikan program hiburan berkenaan.
Ada juga netizen yang mahu gandingan ini terus dikekalkan bagi memberi pembaharuan terhadap program yang sudah bersiaran selama enam tahun dengan mengekalkan pengacara yang sama.
Program MeleTOP bersiaran setiap hari Selasa, pukul 10 malam di Astro Ria (Saluran 104).
Sumber: Mstar
Sumber Kecoh Neelofa hilang, Fattah dan Fazura datang MeleTOP
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCdlRV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kecoh Neelofa hilang, Fattah dan Fazura datang MeleTOP
Anda sedang baca artikel Kecoh Neelofa hilang, Fattah dan Fazura datang MeleTOP dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kecoh-neelofa-hilang-fattah-dan-fazura.html
0 Response to "Kecoh Neelofa hilang, Fattah dan Fazura datang MeleTOP"
Catat Ulasan