Tajuk : Kedutaan Malaysia pantau kes banduan Malaysia bolos penjara
link : Kedutaan Malaysia pantau kes banduan Malaysia bolos penjara
Kedutaan Malaysia pantau kes banduan Malaysia bolos penjara
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihak kedutaan mengesahkan banduan rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Tee Kok King, 50, yang dihukum penjara tujuh tahun enam bulan bagi kesalahan berkaitan kes pengedaran dadah.
Katanya, pihak kedutaan juga sedang menunggu notis perkembangan kes itu daripada pihak berkuasa Indonesia.
"Kami telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan mengesahkan bahawa Tee Kok King adalah rakyat Malaysia yang berasal dari Johor Bahru," katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.
Tee mulai menjalani hukuman penjara sejak September 2016 kerana kesalahan berkaitan pengedaran dadah dan dia ditangkap dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa Indonesia di sebuah hotel di Bali pada 25 Jan tahun lepas.Pada Isnin lepas, pegawai penjara mendapati Tee bersama tiga lagi banduan warga asing iaitu warga Australia Shaun Edward Davidson, 33, warga Bulgaria Dimitar Nikolov Iliev, 43, dan warga India Sayed Mohammed Said, 31, telah hilang dari sel dan tiada dalam perbarisan pagi.
Pasukan penyiasat kemudiannya menemukan sebuah terowong bawah tanah dalam salah sebuah sel yang dipercayai digali oleh mereka untuk melarikan diri.
Bagaimanapun terowong itu yang dipenuhi air dan lumpur itu hanya berukuran 60 sentimer dengan panjang kira-kira 15 meter dan pasukan penyiasat belum dapat mengesahkan sama ada banduan terbabit mampu bolos melalui terowong yang sempit itu.
Kes banduan bolos dari penjara kerap berlaku di Indonesia atas alasan jumlah banduan melebihi kapasiti penjara.
Pada awal Mei lepas sebanyak 260 banduan di Penjara Pekanbaru, Riau melarikan diri selepas solat Jumaat apabila mendapati pintu penjara itu terbuka.
Pada dua minggu lepas, sebanyak 44 banduan di penjara di Jambi melarikan diri setelah tembok penjara runtuh akibat terjahan banjir manakala pada 26 Mei lepas, sebanyak 17 banduan dari penjara Palembang melarikan diri pada pukul 2 pagi dengan melepasi tembok penjara.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQwy6k
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kedutaan Malaysia pantau kes banduan Malaysia bolos penjara
Anda sedang baca artikel Kedutaan Malaysia pantau kes banduan Malaysia bolos penjara dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kedutaan-malaysia-pantau-kes-banduan_21.html
0 Response to "Kedutaan Malaysia pantau kes banduan Malaysia bolos penjara"
Catat Ulasan