Tajuk : Kehakiman M’sia Dukung Kedaulatan Undang-Undang
link : Kehakiman M’sia Dukung Kedaulatan Undang-Undang
Kehakiman M’sia Dukung Kedaulatan Undang-Undang
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Badan Kehakiman Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada Kedaulatan Undang-Undang, yang berteraskan kepada konsep Pengasingan Kuasa.
Beliau berkata badan kehakiman negara juga bebas dan cekap selain mendukung undang-undang yang jelas dan stabil serta memberi perlindungan kepada rakyat.
Berucap merasmikan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pertama di Malaysia di Istana Kehakiman hari ini, Najib berkata sistem penyampaian keadilan perlu sentiasa berada pada tahap yang maksimum, cekap lagi berkesan.
Justeru itu, beliau menyarankan badan kehakiman dapat meletakkan sasaran untuk menyelesai dan melupuskan kes-kes yang didaftarkan di mahkamah dalam masa yang singkat.
“Antara langkahnya, dengan menjadikan sistem pengkomputeran mahkamah sebagai satu agenda transformasi utama bagi memberikan impak dan manfaat kepada semua pelanggan mahkamah,” kata beliau.
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Bangunan Annexe Istana Kehakiman di sini akan mengendalikan prosiding jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFbcEP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kehakiman M’sia Dukung Kedaulatan Undang-Undang
Anda sedang baca artikel Kehakiman M’sia Dukung Kedaulatan Undang-Undang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kehakiman-msia-dukung-kedaulatan-undang.html
0 Response to "Kehakiman M’sia Dukung Kedaulatan Undang-Undang"
Catat Ulasan