Loading...

Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London

Loading...
Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London
link : Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London

Baca juga


Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London

ASTRO AWANI

Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London
Blok pangsapuri 27 tingkat itu terbakar dipercayai bermula sejurus sebelum 1 pagi waktu tempatan. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Sebuah keluarga Malaysia yang menetap di London telah menawarkan penginapan sementara untuk mangsa kebakaran Grenfell Tower, North Kensington, London.

Menggunakan nama Rowena Abdul Razak dalam akaun Facebooknya, beliau membuat tawaran itu beberapa jam selepas kejadian berkenaan.

"Berita yang dahsyat mengenai (Grenfell) Tower. Jika sesiapa yang terjejas, dan jika saya boleh menawarkan penginapan, mesej saya," catat beliau.

Menurut laporan berita, blok pangsapuri 27 tingkat itu terbakar dipercayai bermula sejurus sebelum 1 pagi waktu tempatan dan lebih 250 anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan penghuni yang turut dibantu 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan turut berada di tempat kejadian.
 
Polis mengesah tempat erdapat ''sejumlah kematian'' manakala London Ambulance Service berkata 50 orang dihantar ke lima hospital setakat 8 pagi.

Apabila dihubungi Bernama, wanita yang baik hati ini berkata beliau boleh menampung sehingga tiga orang di rumahnya berhampiran Marble Arch.

Ditanya bagaimana orang ramai boleh menghubungi beliau, Rowena berkata mereka boleh menghubunginya melalui akaun Facebooknya.

Rowena berkata beliau dan keluarganya dalam keadaan baik kerana kejadian kebakaran itu tidak berlaku berhampiran rumah keluarganya.

"Kira-kira 10-15 minit. Iya tidak jauh...tapi jika lalu lintas (sibuk) ia mungkin sedikit jauh," katanya.

Tambah beliau, sebuah masjid tempatan ''Noor Mosque'' juga turut menawarkan tempat tinggal dan umat Islam di kawasan masjid itu menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Sebelum ini semasa insiden serangan di Jambatan London, Rowena berkata beliau turut menawarkan tempat tinggal dan mengumumkan tawaran itu di saluran media sosial yang sama.

"Bagi kejadian (kebakaran) ini, yang sedihnya, masih belum ada lagi yang menghubungi saya.

Bagaimanapun semasa serangan London sebelum ini, ada yang tinggal bersama kami," katanya. -- BERNAMA 
 
 


Thus Article Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London

Itulah artikel Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/keluarga-malaysia-tawar-penginapan_16.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London"

Catat Ulasan

Loading...