Loading...

Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan

Loading...
Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan
link : Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan

Baca juga


Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan



 ARKIB : 18/11/2005

KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 tahun negara, Norizan Bakar mengingatkan peluang skuad negara mara ke separuh akhir Sukan SEA Filipina bergantung kepada keputusan perlawanan pertama ke atas Kemboja, 21 Disember ini.

Tegas beliau, para pemain negara perlu memberikan persembahan terbaik untuk mengatasi Kemboja.

``Walaupun ada yang menganggap kita mudah untuk ke separuh akhir tetapi saya tidak mahu mengulas mengenainya, sebaliknya akan membuat penilaian kemampuan kita selepas satu-satu perlawanan.

``Kita tetap menganggap Kemboja lawan yang sukar walaupun tidak tahu kemampuan mereka. Apa yang lebih penting kita akan memberikan yang terbaik dalam semua perlawanan.

``Selepas itu barulah kita dapat mencongak sejauh mana peluang untuk ke separuh akhir,'' katanya selepas menerima lawatan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Filipina, Low Beng Choo di Bukit Jalil, semalam.

Pasukan negara mencatat keputusan hambar dalam beberapa perlawanan menjelang Sukan SEA antaranya Kejohanan Piala Agribank di Hanoi dengan tewas kepada pasukan bawah 23 tahun Vietnam dan Thailand masing-masing dengan 0-1 sebelum kalah 0-4 kepada skuad bawah 20 tahun Jepun.

Secara keseluruhan, jurulatih itu berkata, dia berpuas hati dengan tahap persediaan anak buahnya walaupun gagal mencatat keputusan memuaskan pada lapan perlawanan menjelang Sukan SEA sebelum ini.

``Apa yang saya dapati para pemain semakin matang dan keputusan seri 1-1 dengan skuad bawah 23 tahun Singapura 1-1 dalam perlawanan persahabatan terakhir, menunjukkan pemain bersedia.

``Saya harap mereka akan mempamer persembahan lebih baik pada kejohanan sebenar di Filipina nanti,'' ujarnya.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama Thailand dan tuan rumah, Filipina.

Kumpulan B terdiri Singapura, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan Laos.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2rB0cux
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan

Itulah artikel Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kemboja-jadi-ukuran-skuad-kebangsaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kemboja jadi ukuran skuad kebangsaan"

Catat Ulasan

Loading...