Loading...

Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula

Loading...
Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula
link : Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula

Baca juga


Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula

KUALA LUMPUR: Kemelut Felda Global Ventures Bhd (FGV) bermula apabila Raja Petra Kamaruddin melalui blognya menyatakan Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Samad sedang berusaha menyingkirkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad.

Raja Petra mendakwa Mohd Isa berniat untuk menyingkirkan Zakaria kerana dianggap terlalu lurus dan tidak mahu meluluskan urusan yang dipercayai mencurigakan oleh Mohd Isa.

Mohd Isa menafikan dakwaan Raja Petra dan memaklumkan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kedudukan Zakaria.


Zakaria dalam suratnya sebelum itu menegaskan tidak akan akur kepada desakan untuk melepaskan jawatannya berhubung dakwaan melanggar kod tadbir urus membabitkan urus niaga produk Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) dan salah satu anak syarikatnya, Safitex.

FGV

Zakaria dan tiga yang lain dipaksa bercuti berkuat kuasa serta merta oleh lembaga pengarah syarikat bagi membolehkan FGV menyiasat isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex.

Mereka adalah Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), Kamarzaman Abd Karim.


Mohd Isa kemudian mengakui membuat satu pertemuan dengan Zakaria dan menyampaikan keputusan lembaga pengarah syarikat untuk memecatnya.
FGV mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Pengarah merangkumi dua pengarah FGV dan Ketua Kluster Logistik untuk menjalankan tugas sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Dua pengarah berkenaan adalah Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim yang akan dibantu Ketua Kluster Logistik FGV, Azman Ahmad.

Datuk Zakaria menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat FGV susulan arahan bercuti serta merta yang diterimanya.


FGV juga menyatakan kesediaan disiasat SPRM pada bila-bila masa tetapi buat masa ini siasatan hanya dilakukan oleh pihak audit dalaman.


 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah menerima maklumat berhubung Felda Global Ventures Holdings Berhad dan sedang menelitinya sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Menurut Azam dalam satu temu ramah Astro AWANI hari ini berkata, pihaknya akan meneliti dahulu maklumat yang diterima sebelum tindakan lanjut diambil.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat yang telah disalurkan kepada SPRM.


Kemelut FGV menyebabkan harga sahamnya di Bursa Malaysia menurun 3.5 peratus pada Selasa.

FGV yang memasuki senarai 10 saham cergas utama pada sesi pertengahan pagi, turun enam sen kepada RM1.67 dengan 14.29 juta saham diniagakan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZzKMw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula

Itulah artikel Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kemelut-fgv-bagaimana-ia-bermula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula"

Catat Ulasan

Loading...