Loading...

Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan

Loading...
Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan
link : Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan

Baca juga


Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited menyediakan peluang pekerjaan yang luas untuk graduan dengan memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Beliau berkata kira-kira 300,000 graduan daripada universiti awam dan swasta, politeknik dan kolej akan tamat pengajian setiap tahun dan mereka mengharapkan pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu mengembangkan ekonomi negara, peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ia akan membawa kepada penambahan peluang pekerjaan. Kita tidak mahu apabila ada pertumbuhan ekonomi tetapi peluang pekerjaan tidak bertambah.

“Bukan perkara mudah menyediakan peluang pekerjaan kepada 300,000 graduan setiap tahun tetapi kerajaan berazam melakukan yang terbaik untuk generasi muda negara.

“Saya percaya kita boleh mengembangkan ekonomi negara sekali gus menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada anak-anak kita,” katanya pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana di sini malam tadi.

Majlis berbuka puasa itu dihadiri kira-kira 1,200 pelajar universiti awam dan swasta, politeknik, alumni pelajar luar negara, badan bukan kerajaan (NGO) dan gabungan belia.

Hadir sama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Najib berkata kerajaan berjaya menyediakan banyak peluang pekerjaan malah pelaksanaan dasar transformasi negara sejak 2010 berjaya menambah 2.2 juta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan komited untuk terus menyediakan pendidikan tinggi berkualiti dengan yuran yang rendah kepada mahasiwa di negara ini.

“Universiti awam di negara ini adalah satu-satunya perkhidmatan di mana yurannya tidak pernah naik sejak merdeka malah bantuan untuk pelajar turut disediakan,” katanya.

Najib juga mahu Malaysia menjadi hab pendidikan tinggi di rantau ini, dengan menarik lebih ramai pelajar asing khususnya dari ASEAN dan Timur Tengah untuk melanjutkan pengajian di sini.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 80 anak-anak Permata. Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7KsAO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan

Itulah artikel Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kerajaan-komited-sedia-peluang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Komited Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Graduan"

Catat Ulasan

Loading...