Loading...

Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS

Loading...
Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS
link : Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS

Baca juga


Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS







Oleh Amin Iskandar
 
KERAJAAN tidak boleh mengambil wang rakyat walaupun berdepan dengan kemelut kewangan, kata Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

Nasrudin berkata golongan rakyat bawahan membanting tulang untuk hidup di negara ini tetapi kerajaan membuli mereka dengan pelbagai cukai.

Katanya, beban rakyat perlu diminimumkan dan duit poket mereka tidak boleh dijadikan sumber utama pendapatan negara.

“Bebaskan tadbir urus kewangan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa yang membuatkan kantung negara tiris.

“Depani kemelut kewangan, kerajaan tidak wajar belasah wang rakyat berterusan,” kata ahli Parlimen Temerloh itu dalam satu kenyataan semalam.

Walaupun tidak mengulas secara langsung tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengemukakan saman merampas aset yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada 1MDB,
Nasrudin berkata kerajaan perlu bijak mencari sumber pendapatan negara menerusi pelbagai inisiatif.
“Jangan culas mengusahakan peluang dan hapuskan pembaziran, tambah nilai keberkatan dalam orientasi ekonomi negara dan selamatkan negara dari industri dosa,” katanya.

DoJ minggu lalu mengemukakan saman untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikaitkan dengan wang 1MDB.

Dalam pemfailan saman sivil ketiga dan terbaharu bagi pelucutan hak, DoJ ingin menyita antara lain, kapal layar Equanimity bernilai AS$165 juta (RM704 juta) dimiliki Jho Low, dan hak filem komedi "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Najib Razak-themalaysianinsight.com 



Thus Article Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS

Itulah artikel Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kerajaan-tidak-boleh-terus-belasah-wang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan tidak boleh terus ‘belasah’ wang rakyat, kata PAS"

Catat Ulasan

Loading...