Loading...

Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura

Loading...
Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura
link : Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura

Baca juga


Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura



Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang juga anak sulung kepada bapa negara Singapura, mendiang Lee Kuan Yew baru-baru ini berdepan isu kekeluargaan apabila berlaku pergeseran di antara beliau dan adik perempuan, Lee Wei Leing dan adik lelakinya Lee Hsien Yang. Persengketaan ini lebih terarah kepada rasa tidak puas hati keluarga berkenaan berhubung cara Hsien Loong mentadbir Singapura yang disifatkan terlalu jauh menyimpang daripada falsafah yang diterapkan oleh bapa mereka.

Malah kedua-dua adik Hsien Loong juga menegaskan pergeseran yang berlaku ini bukan sekadar isu adik-beradik, tetapi turut merangkumi hal-hal yang mungkin dapat mengaitkan abang mereka dengan salah guna kuasa. Selain itu, terdapat juga persengketaan berhubung wasiat Kuan Yew terhadap rumah keluarga mereka di Oxley Road yang menurut kedua-dua beradik itu telah dilanggar oleh Hsien Loong dan mereka menyifatkan Perdana Menteri Singapura itu sebagai telah melanggar amanah.

Hsien Loong juga didakwa cuba memberikan keistimewaan kepada anak lelakinya untuk muncul sebagai salah seorang anggota pentadbiran kanan Republik itu. Namun begitu, semua dakwaan berkenaan ditepis beliau dan dalam satu kenyataan, Hsien Loong menyatakan kekecewaan terhadap adik-adiknya yang membuka pekung dalaman keluarga ke peringkat umum.

Apa yang berlaku kepada Hsien Loong ini jelas bukan ditujukan kepada Kerajaan Singapura secara menyeluruh, tetapi satu bentuk serangan terhadap keperibadian dan falsafah kepimpinan beliau. Isu seperti ini sebenarnya boleh menjejaskan reputasi Hsien Loong yang sebelum ini dilihat sebagai salah seorang pemimpin di rantau Asia Tenggara yang disegani. Kegagalan beliau untuk menguruskan hal keluarga secara lebih teratur dan positif membuatkan beliau boleh dilihat sebagai pemimpin yang lemah.

Malah beberapa penganalisis politik di negara China sudah mula ragu-ragu dengan kredibiliti yang dimiliki Hsien Loong. Beberapa pakar politik Asia Tenggara di China menyifatkan kaum Cina berpegang kuat kepada falsafah seseorang pemimpin yang gagal menguruskan keluarga tidak memiliki kelayakan untuk memimpin sesebuah negara dan hal ini sebenarnya agak kritikal untuk ditangani oleh Hsien Loong. Perkara ini walaupun dilihat kecil, tetapi sebenarnya boleh menghantui Kerajaan Singapura secara keseluruhannya.

Laporan sebuah akhbar tempatan di negara China yang memetik kenyataan pakar politik antarabangsa Asia Tenggara menyatakan apa yang berlaku kepada Hsien Loong pada ketika ini boleh mencalar imejnya sebagai pemimpin utama rantau berkenaan memandangkan semasa menyampaikan ucapan rasmi sempena sambutan Tahun Baru Cina, Hsien Loong menegaskan mengenai kepentingan untuk rakyat Singapura menjaga keharmonian dan hubungan kekeluargaan. Namun, ironinya sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada keluarga beliau dan persengketaan ini sebenarnya memusnahkan secara besar-besaran mesej yang dibawakan oleh Hsien Loong.

Apa yang lebih penting kini, Hsien Loong perlu memastikan hal kekeluargaan kekal sebagai urusan peribadi dan tidak mengganggu pentadbiran beliau. Hsien Loong juga perlu memberikan gambaran positif mengenai keadaan itu bagi memastikan dirinya kembali dilihat sebagai pemimpin disegani. Beliau perlu tegas dalam menguruskan hal ini dan kecekapan mengendalikan urusan keluarga sebenarnya perlu diperkukuh supaya masalah seperti ini tidak lagi menjejaskan imejnya di pentas politik antarabangsa. - MalaysianAccess


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCScYR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura

Itulah artikel Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kerapuhan-hubungan-keluarga-jejas-imej.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerapuhan Hubungan Keluarga Jejas Imej PM Singapura"

Catat Ulasan

Loading...