Tajuk : Kes disiplin: 402 buah sekolah 'panas' dan bermasalah dikenal pasti
link : Kes disiplin: 402 buah sekolah 'panas' dan bermasalah dikenal pasti
Kes disiplin: 402 buah sekolah 'panas' dan bermasalah dikenal pasti
Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya dan beberapa agensi lain akan memantau sekolah berkenaan secara lebih dekat selain akan melaksanakan beberapa mekanisma yang lebih proaktif dalam membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
“Sebab kita mahu melihat keadaan yang sebenarnya. Kita tidak mahu laporan yang (hanya) menunjukkan semuanya baik, tetapi hakikat sebenarnya berlaku banyak isu.
“Jadi sekarang kita menegaskan pelaksanaan, (daripada pihak PPD hinggalah ke pihak sekolah) supaya membuat pelaporan secara terperinci. Kalau itulah jumlah kes (disiplin), perlu lapor dengan betul.“Maka, perlulah mereka melaksanakannya, dan kita ada pegawai yang akan melakukan pemeriksaan ke atas pihak sekolah,” uar beliau.
Menurutnya lagi, pihak kementerian mendapati jumlah murid yang terlibat dengan masalah disiplin adalah pada kadar 2.03 peratus setahun bagi tempoh 2012 sehingga 2016.
Kes-kes disiplin itu termasuklah kes berat seperti kelakuan berunsur jenayah, buli, kelucahan, ponteng sekolah serta kes-kes disiplin ringan.
Bagi kes buli sehingga Jun 2017, rekod menunjukkan sebanyak 872 kes dicatatkan. Walaupun sesetengahnya dianggap terpencil dan bukan berterusan sepanjang tahun, pihak Kementerian Pendidikan tetap memandang serius kes berkaitan buli.
Beliau ditemui selepas mempengerusikan Mesyuaratjawatankuasa Induk menangani gejala Disiplin Murid Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 di Putrajaya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUBaDw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kes disiplin: 402 buah sekolah 'panas' dan bermasalah dikenal pasti
Anda sedang baca artikel Kes disiplin: 402 buah sekolah 'panas' dan bermasalah dikenal pasti dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kes-disiplin-402-buah-sekolah-panas-dan.html
0 Response to "Kes disiplin: 402 buah sekolah 'panas' dan bermasalah dikenal pasti"
Catat Ulasan