Loading...

Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO]

Loading...
Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO] - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO], Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO]
link : Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO]

Baca juga


Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO]

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini tampil menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri tidak memberikan sebarang bantuan berhubung permasalahan yang berlaku di rumah-rumah flat sekitar Selangor khususnya di kawasan beliau.
 
Khalid malah mendakwa, permasalahan di kebanyakan flat di negeri ini sudah berlaku sejak berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri terdahulu dan berlanjutan sehingga sekarang.
 
"Saya rasa tak betul lah kalau nak kata langsung tak buat apa-apa tetapi kita tidak menghalang kalau kerajaan pusat nak membantu sebab memang banyak daripada masalah-masalah tu daripada asal, kita warisi daripada dulu.
 
"Sepertimana yang disebut, memang ianya di bawah kerajaan negeri dan saya rasa apabila kita mula-mula ambil alih flat-flat, di Seksyen 18 pun memang bermacam-macam masalah dan melalui kerajaan negeri dan pihak PBT telah banyak kita selesaikan masalah-masalah di situ dan telah pun dibentukkan JMB (Badan Pengurusan Bersama)," jelasnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Namun katanya, beliau mengalu-alukan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar untuk turut sama-sama membantu penduduk Shah Alam dalam menyelesaikan masalah perumahan atau persekitaran yang dihadapi mereka.
 
Malah ujar Pengarah Komunikasi Amanah itu, kerajaan negeri juga tidak akan menyekat kerajaan pusat untuk turun padang bagi membantu permasalahan yang dihadapi sesetengah penduduk di negeri tersebut.
 
"Saya rasa tindakan Tan Sri Noh Omar untuk membantu amat dialu-alukan, kita pun tak pernah halang kerajaan pusat untuk turun membantu mana-mana penduduk, tempat atau kawasan. 
 
Kalau mereka datang nak bagi duit, nak bantu dan sebagainya, itu ok, macam panadol lah tapi penyelesaian yang sebenar perlu tercapai melalui pembentukan JMB, bayaran maintenance (penyelenggaraan) oleh setiap penduduk dan kerjasama yang rapat di antara JMB dengan pihak PBT dan juga program yang dikemukakan oleh kerajaan negeri," katanya.
 
Reaksi Khalid itu sebagai menjawab dakwaan kononnya kerajaan negeri dikatakan mengambil sikap lepas tangan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di rumah flat sejak beberapa tahun lalu.
 
Antara masalah yang dihadapi penduduk kediaman berkenaan termasuklah keadaan tangki air yang uzur sehingga menjejaskan agihan air mencukupi kepada penduduk dan keadaan lif yang tidak diselenggara.
 
Nasib penduduk flat itu kemudian mendapat perhatian Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, yang kemudian tampil memberi bantuan kepada penduduk yang terlibat bagi menyelesaikan perkara yang berbangkit.
 
 
 


Thus Article Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO]

Itulah artikel Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO] Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO] dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/khalid-nafi-kerajaan-negeri-lepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khalid nafi kerajaan negeri lepas tangan masalah rumah flat di Selangor [TONTON VIDEO]"

Catat Ulasan

Loading...