Loading...
Tajuk : Kita kalah tipis
link : Kita kalah tipis
Kita kalah tipis
ARKIB : 20/02/2006
KUALA LUMPUR - Malaysia mengalami kekalahan tipis 0-1 kepada New Zealand menerusi jaringan pemain pertahanan, Steven Old, tiga minit sebelum wisel penamat dalam perlawanan bola sepak persahabatan di QE II Park, Christchurch, semalam.
Jaringan itu berpunca daripada pergelutan di depan pintu gol selepas tandukan Danny Hay, gagal dikeluarkan dengan selamat oleh barisan pemain Malaysia termasuk penjaga golnya, Syamsuri Mustafa.
Kemenangan pasukan All White ini juga merupakan yang pertama sejak menewaskan pasukan pelawat 2-0 ketika menjuarai Pestabola Merdeka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2000 dan yang keenam dalam sejarah pertemuan sejak 1967.
Perlawanan itu turut menyaksikan penguasaan yang berpihak kepada tuan rumah malah beroleh tiga peluang keemasan untuk menjaringkan gol tetapi hanya terkena palang atau tiang.
Norhafiz Zamani Misbah mengetuai kesebelasan utama negara sambil mengemudi barisan belakang bersama Ronny Harun dan diapit oleh V. Thirumurugan dan Chan Wing Hoong.
Barisan tengah Malaysia pula dibarisi oleh K. Nanthakumar, Hardi Jaafar, Amri Yahyah dan R. Surendran sambil Rudie Ramli dan Safee Sali bertindak selaku penyerang.
Ketumpulan barisan tengah memaksa jurulatih Norizan Bakar mengeluarkan Hardi dan Amri untuk digantikan dengan Zairo Anuar Zalani dan Fadzli Saari pada babak kedua.
Perlawanan persahabatan kedua mereka bakal berlangsung, Khamis ini di Stadium North Harbour, Auckland kira-kira pukul 2.30 petang waktu Malaysia.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2rGrw8v
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Kita kalah tipis
Itulah artikel Kita kalah tipis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kita kalah tipis dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kita-kalah-tipis.html
0 Response to "Kita kalah tipis"
Catat Ulasan