Loading...

K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda

Loading...
K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda
link : K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda

Baca juga


K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda

KUALA LUMPUR – Kerajaan amat menitikberatkan kebajikan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selaras dengan peranan pentingnya dalam memacu kemajuan sosioekonomi negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebahagian besar kejayaan negara sebagai pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia dan pengeluar getah asli kelima terbesar di dunia adalah hasil titik peluh warga Felda.

“Selagi saya memegang jawatan Perdana Menteri, Insya-Allah, saya akan memastikan kemajuan Felda ditingkatkan dan kebajikan warganya terjamin,” katanya​​​​​ ​​menerusi catatan di blog www.najibrazak.com, hari ini.

Najib berkata menerusi model perniagaan Felda, ia telah meningkatkan taraf hidup warganya dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini.

“Pada masa kini, kita sedang mengusahakan rumah generasi kedua yang membolehkan warga Felda memiliki rumah dengan harga sekitar RM70,000,” katanya.

Najib berkata sebanyak 8,470 unit rumah generasi kedua sedang dibina dalam Fasa 1 dan 4,990 buah rumah dijangka siap pada tahun ini.

“Felda juga mempunyai tabung bantuan kebajikan peneroka yang membolehkan peneroka menerima bantuan kewangan maksimum RM10,000.

“Bantuan kewangan ini adalah untuk mereka yang menghidap penyakit kronik dan kemusnahan harta disebabkan bencana alam. Permohonan juga boleh dibuat untuk membeli alat bantuan kesihatan,” katanya.

Dalam bidang pendidikan pula, Najib berkata anak-anak Felda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara berhak menerima insentif kewangan seperti skim insentif anak peneroka dan dana khas pelajar cemerlang ke luar negara.

“Satu lagi bantuan yang teristimewa yang diberikan oleh Felda adalah bantuan membaik pulih rumah yang sedia ada termasuk pembesaran rumah dengan nilai maksimum sebanyak RM40,000, dan pinjaman ini adalah pinjaman tanpa faedah,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svRSd4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda

Itulah artikel K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kjaan-menitikberatkan-kebajikan-warga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "K’jaan Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda"

Catat Ulasan

Loading...