Loading...
Tajuk : Lagi Mangsa Buli Meninggal Dunia
link : Lagi Mangsa Buli Meninggal Dunia
Lagi Mangsa Buli Meninggal Dunia
| AHLI keluarga menenangkan D Shanti atas kehilangan anak lelaki tunggalnya T Nhaveen yang meninggal dunia selepas berada dalam peringkat koma sejak Sabtu, di Hospital Pulau Pinang. - Foto Mikail Ong |
GEORGETOWN: Selepas enam hari bertarung nyawa dan mengalami keadaan otak mati, mangsa kes buli, T Nhaveen, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, petang tadi.
Nhaveen, 19, yang koma sejak dimasukkan ke HPP Sabtu lalu, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6 petang akibat kecederaan parah termasuk mengalami kesan koyakan pada di dubur akibat ditusuk objek tumpul.
Dalam kejadian di Taman Tun Sardon, Gelugor, pada jam 2 pagi itu, Nhaveen dan seorang rakannya, T Perviin, 19, dipukul lima lelaki yang juga bekas rakan sekolahnya berusia antara 16 hingga 18 tahun selepas berlaku perang mulut antara mereka.
Bagaimanapun, Perviin sempat melarikan diri sebelum Narvheen diseret ke kawasan padang dan dipukul menggunakan topi keledar, dibakar pada bahagian bahu dan duburnya ditusuk objek tumpul.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Osman, mengesahkan mangsa meninggal dunia di HPP dan kes berkenaan dijangka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Berita Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDCu25
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lagi Mangsa Buli Meninggal Dunia
Itulah artikel Lagi Mangsa Buli Meninggal Dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Lagi Mangsa Buli Meninggal Dunia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lagi-mangsa-buli-meninggal-dunia.html
0 Response to "Lagi Mangsa Buli Meninggal Dunia"
Catat Ulasan