Loading...

Lagi Serangan Berdarah Militan Di London

Loading...
Lagi Serangan Berdarah Militan Di London - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lagi Serangan Berdarah Militan Di London, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lagi Serangan Berdarah Militan Di London
link : Lagi Serangan Berdarah Militan Di London

Baca juga


Lagi Serangan Berdarah Militan Di London


LONDON – Selepas serangan berdarah di Manchester, polis Britain dikerahkan ke Jambatan London lewat Sabtu setelah saksi-saksi melaporkan sebuah van merempuh para pejalan kaki.

Pihak polis menyatakan bahawa lebih seorang mangsa terkorban akibat insiden di jambatan ikonik kota raya England itu, menurut laporan stesen BBC yang memetik kenyataan pegawai polis di tempat kejadian.

Menurut media berpengaruh tersebut: “Kami telah diberitahu oleh pihak polis yang lebih daripada satu kematian dalam kejadian rempuhan terbaharu di Jambatan London.”

Beberapa das tembakan juga dilepaskan oleh para pegawai polis sebagai respons kepada serangan tikaman yang dilaporkan berlaku di kawasan Borough Market yang terletak berdekatan, menurut pihak polis.

Dua lelaki dipercayai memasuki sebuah restoran dan kemudian menikam dua orang di dalamnya, menurut stesen CNN yang memetik kenyataan seorang saksi.

Malahan saksi tersebut memberitahu bahawa seorang pelayan ditikam pada bahagian leher, manakala seorang lelaki ditikam dari belakang badan.

Polis Britain juga sedang menangani satu lagi kejadian di kawasan Vauxhall, London dan dipercayai sedang memburu tiga suspek bersenjata, menurut laporan BBC.

Perdana Menteri Britain, Theresa May sedang berhubungan dengan para pegawai, dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut diberi taklimat mengenai kejadian ini.

Pengarah Urusan majalah The Spectator, Will Heaven, menulis menerusi Twitter bahawa beliau ternampak “dua mangsa – satu di tempat pejalan kaki, satu di tepi jalan”.

Beliau bahkan turut melihat pegawai polis lengkap bersenjata berat di jambatan tersebut. Beberapa saksi turut terdengar bunyi tembakan dilepaskan.

Wartawan BBC, Holly Jones, yang berada di sana ketika waktu kejadian, berkata beliau melihat sebuah van dipandu seorang lelaki bergerak “pada kelajuan 50 batu sejam”.

Beliau berkata sekitar lima orang sedang dirawat kerana mengalami kecederaan apabila kenderaan itu menaiki turapan dan melanggar mereka. Seorang lelaki yang tidak berbaju, digari dan ditahan polis.

Seorang saksi memberitahu agensi berita Reuters yang dia juga ternampak sekitar tiga orang dengan mengalami kecederaan dan berkemungkinan dikelar di leher.

“Kami sedang dalam sebuah teksi Uber menuju ke Jambatan London dan tiba-tiba melihat orang ramai berlari. Kereta uber kami terhenti, dan kami menanyakan orang ramai apa yang berlaku.

“Mereka berkata ada kejadian tembakan,” kata seorang saksi, Yoann Belmere, 40 tahun, seorang pegawai bank warga Perancis yang menetap di London.

“Sekarang seluruh kawasan ditutup, dengan banyak kereta polis menuju ke tempat kejadian manakala ambulans keluar dari situ,” tambah beliau, kepada Reuters.

Pihak penguasa pengangkutan London dalam pada itu menyatakan bahawa stesen kereta api Jambatan London ditutup atas arahan pihak polis.

Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum pilihan raya umum diadakan pada 8 Jun. Tinjauan membayangkan bahawa kedudukan Parti Konservatif yang diketuai May semakin goyah.

Kejadian ini juga berlaku kurang dua minggu setelah seorang pengebom nekad membunuh 22 orang di konsert penyanyi dari AS, Ariana Grande, di Manchester, utara England.

Pengeboman di Manchester itu adalah insiden paling berdarah sejak kejadian di Britain pada 2005 meragut 52 nyawa akibat serangan empat pengebom nekad rakyat Britain terhadap rangkaian pengangkutan London. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Lagi Serangan Berdarah Militan Di London

Itulah artikel Lagi Serangan Berdarah Militan Di London Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lagi Serangan Berdarah Militan Di London dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lagi-serangan-berdarah-militan-di-london_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lagi Serangan Berdarah Militan Di London"

Catat Ulasan

Loading...