Loading...
Tajuk : "Lantaklah Nak Makan Mana, Kubur Masing-Masing" - Pasangan Ponteng Puasa Bahasakan Pemilik Restoran..
link : "Lantaklah Nak Makan Mana, Kubur Masing-Masing" - Pasangan Ponteng Puasa Bahasakan Pemilik Restoran..
"Lantaklah Nak Makan Mana, Kubur Masing-Masing" - Pasangan Ponteng Puasa Bahasakan Pemilik Restoran..
Lagi kejadian ponteng puasa terang-terangan di tempat awam, sepasang suami isteri bertindak agresif dengan menengking pengusaha restoran akibat ditegur ponteng puasa.
Situasi tegang itu dipercayai berlaku di Restoran The Chicken Rice Shop, Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang sekitar pukul 1.30 tengah hari semalam.
Pada mulanya, lelaki beragama Islam itu datang bersama wanita yang dipercayai isterinya untuk memesan makanan.
"Masa ambil pesanan, lelaki itu kata isterinya yang makan. Tetapi apabila makanan sampai lelaki itu pula yang makan.
"Apabila kru menegur secara baik untuk menunggu waktu berbuka puasa sebelum menjamah hidangan, lelaki itu menengking kakitangan kami.
"Lantaklah nak makan mana. Kami bayar duit, kubur masing-masing. Itu jawabnya," jelas pengadu itu seperti dilaporkan di laman Facebook Penang Kini.
Menurut undang-undang, pihak restoran akan disaman RM5,000 sekiranya ditangkap Jabatan Agama Islam dengan membenarkan orang Islam makan di premis secara terbuka.
Gambar pasangan itu tular sejak semalam dan mendapat pelbagai kritikan netizen yang menyelar perbuatan terbabit.
"Sepatutnya hubungi Jabatan Agama Islam sahaja. Ya, memang kubur masing-masing tetapi hormatlah orang lain. Memalukan!" tulis Nazwin Rashid.
Namun, ada juga segelintir netizen yang menyalahkan tindakan pengusaha restoran yang membenarkan individu beragama Islam makan di tempat terbuka walaupun uzur.
"Sebenarnya restorak tak perlu hidangkan walaupun perempuan yang nak makan. Kalau dia mahu, dia boleh bungkus dan makan di rumah," tulis Roziami Othman.
"Pengurus restoran bodoh. Walaupun wanita yang pesan makanan, premis patut membungkus bukan menghidangkan di situ juga," tegas Jafarul Warner.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skVy2E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article "Lantaklah Nak Makan Mana, Kubur Masing-Masing" - Pasangan Ponteng Puasa Bahasakan Pemilik Restoran..
Itulah artikel "Lantaklah Nak Makan Mana, Kubur Masing-Masing" - Pasangan Ponteng Puasa Bahasakan Pemilik Restoran.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel "Lantaklah Nak Makan Mana, Kubur Masing-Masing" - Pasangan Ponteng Puasa Bahasakan Pemilik Restoran.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lantaklah-nak-makan-mana-kubur-masing.html
0 Response to ""Lantaklah Nak Makan Mana, Kubur Masing-Masing" - Pasangan Ponteng Puasa Bahasakan Pemilik Restoran.."
Catat Ulasan