Loading...

Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal

Loading...
Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal
link : Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal

Baca juga


Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal

KUALA LUMPUR – Tatkala warga kota masih menyambut Syawal kedua di rumah dan kampung halaman masing-masing, ibu kota pula dibanjiri warga asing yang turut beraya mengikut cara mereka.

Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal

Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal

Tinjauan Bernama di sekitar ibu kota mendapati warga asing seolah-olah berpesta di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan pelancong seperti Jalan Chow Kit, Pasar Seni, KL Sentral dan Masjid Jamek.

Begitu juga pemandangan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) serta perhentian pengangkutan awam lain dengan warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar membanjiri tempat-tempat itu.

Seorang warga Indonesia yang hanya ingin dikenali sebagai Yudi, 38, berkata sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menyambut lebaran jauh daripada keluarga tersayang.

“Isteri dan anak saya semuanya di Gerisik, Indonesia. Sekarang memang susah untuk kami balik ke kampung halaman masing-masing disebabkan masalah dokumen.

“Kami perlu melalui pelbagai proses yang memerlukan kos tinggi. Saya hanya bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan tidak mempunyai cukup wang untuk balik beraya dengan keluarga saya,” katanya.

Bapa kepada seorang anak itu juga berkata bahawa dia hanya mampu meminta cuti daripada majikannya selama tiga hari.

“Selepas ini kami akan ke Ipoh, Perak untuk menyambut raya dengan kawan-kawan sekampung sekali gus mencari peluang pekerjaan yang baharu. Kontrak pekerjaan saya hampir tamat di Kuala Lumpur,” katanya yang telah bekerja selama 10 tahun sebagai buruh pembinaan di Malaysia.

Selain itu, warga Bangladesh yang hanya mahu dikenali sebagai Tarek berkata beliau mengambil kesempatan sempena cuti hari raya ini untuk melawat rakannya di sini.

“Memang telah menjadi kebiasaan bagi saya setiap tahun melawat kawan-kawan saya yang tinggal di Kuala Lumpur. Memang susah untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan saya selain daripada musim perayaan ini,” tambahnya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sebuah pusat beli-belah di KL Sentral di sini mendapati rata-rata warga asing meluangkan masa pada hari kedua Syawal dengan rakan senegara masing-masing dan ada antara mereka yang memakai pakaian tradisional seperti kurta.

Bagi pengawal keselamatan warga Bangladesh yang bekerja di Subang, Md Masir, 34, beliau mengambil kesempatan menghabiskan cuti rayanya dengan bersiar-siar di pusat beli-belah bersama rakan-rakannya.

“Sudah lima tahun saya beraya di Malaysia kerana saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang beraya, namun saya tidak kisah kerana saya ada ramai kawan-kawan di sini,” kata bapa kepada tiga orang anak itu. – BERNAMA

Sumber: Mynewshub

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tbObgJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal

Itulah artikel Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lautan-warga-asing-banjiri-kuala-lumpur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lautan warga asing banjiri Kuala Lumpur sempena Syawal"

Catat Ulasan

Loading...