Loading...

Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat

Loading...
Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat
link : Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat

Baca juga


Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat

MALAYSIAKINI


Lebih 100 orang terperangkap dalam banjir yang berlaku di Kampung Sungai Makau, Batu 14, Hulu Langat di Cheras akibat hujan lebat sejak 2 petang tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata pihaknya menerima panggilan bantuan daripada Pusat Gerakan Operasi Selangor dan segera mengerahkan seramai 14 anggota, tiga jentera serta sebuah bot ke lokasi kejadian pada pukul 7.38 malam.

"Setakat ini hanya 30 orang dapat diselamatkan dan dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pasukan kami bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang serta Bangi.

"Paras air meningkat sehingga ke paras pinggang setakat pukul 9.20 malam ini," katanya ketika dihubungi malam ini.

Zamani berkata setakat ini operasi masih diteruskan dan pasukan menyelamat sedang menunggu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cheras serta Hang Tuah bagi memberikan bantuan bot kepada mangsa yang terperangkap.

Katanya tiga bot dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Cyberjaya dan Puchong juga sedang dihantarkan ke lokasi kejadian.

Pasukan menyelamat dari balai Pandan dan Ampang juga telah dikerahkan ke lokasi kejadian, katanya.- Bernama




Thus Article Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat

Itulah artikel Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lebih-100-orang-terperangkap-banjir-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lebih 100 orang terperangkap banjir di Hulu Langat"

Catat Ulasan

Loading...