Tajuk : Lebih 12 Buah Keluarga Dihalau Selepas 9 Tahun Tak Bayar Sewa Rumah
link : Lebih 12 Buah Keluarga Dihalau Selepas 9 Tahun Tak Bayar Sewa Rumah
Lebih 12 Buah Keluarga Dihalau Selepas 9 Tahun Tak Bayar Sewa Rumah
Pada 27 Mei lepas portal Sinar Harian melaporkan aduan penduduk Flat yang dihalau dari Flat Taman Bagan Jaya. Lebih kurang 12 keluarga yang terlibat terpaksa keluar apabila rumah yang diduduki mereka disita pihak berkuasa.
Difahamkan, tindakan itu dibuat akibat kegagalan penduduk membayar tunggakan sewa sejak beberapa tahun lalu yang difahamkan sebanyak RM124 sebulan.
Bagaimanapun, penduduk menyifatkan tindakan itu bersifat terlalu menekan dan terburu-buru, tambahan pula dilaksanakan menjelang Ramadan.
Luahan penduduk;
Al-Azmin Mohamad, 23, berkata, tindakan itu amat tidak wajar, tambahan pula dilakukan menjelang Ramadan.
Saya tinggal di sini bersama ibu, ayah dan tiga adik-beradik yang lain. Masa depa mai, ada ibu dan adik. Depa beritahu yang rumah ni akan disita dan minta keluar.
Memang kelam-kabut juga sebab payah. Macam semalam pun, saya terpaksa menumpang di rumah kawan. Ibu dan ayah terpaksa menumpang di rumah jiran, begitu juga adik-adik. Depa terpaksa pergi rumah kawan, katanya.
Menurut Al-Azmin lagi, dia buntu memikirkan keadaan dialaminya sekarang memandangkan tunggakan sewa mencecah belasan ribu ringgit.
Memang pening dok fikir mana kami nak tinggal lepas ni. Larat ka nak dok rumah jiran dan kawan, mahu tak mahu kena cari rumah sewa juga.
Tapi tau sajalah, dengan dekat puasa ni, mana nak cari rumah sewa? Tu yang jadi payah sikit.
Tak tau la lepas ni macam mana. Lagi satu, tunggakan pun dekat RM14,000. Mana nak cari duit nak bayar setengah? katanya.
Tak patut halau..
Dalam pada itu, Pengerusi Rukun Tetangga, Mohd Nordin beranggapan kerajaan sepatutnya mengambil tindakan awal dan bukannya selepas tunggakan mencecah ribuan ringgit sehingga menyukarkan penduduk untuk membayarnya sekaligus.
Dah murah tapi tak bayar..
Sinar Harian turut memaklumkan bahawa pihak Bahagian Perumahan Pulau Pinang telah mengeluarkan notis sebelum proses penyitaan dijalankan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Rashid Hasnon berkata masalah itu akan dibincangkan bersama Exco Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan beberapa pihak yang lain.
Kredit: Soyzcyili
Sumber: penmerahpress
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsXxU4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lebih 12 Buah Keluarga Dihalau Selepas 9 Tahun Tak Bayar Sewa Rumah
Anda sedang baca artikel Lebih 12 Buah Keluarga Dihalau Selepas 9 Tahun Tak Bayar Sewa Rumah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lebih-12-buah-keluarga-dihalau-selepas.html
0 Response to "Lebih 12 Buah Keluarga Dihalau Selepas 9 Tahun Tak Bayar Sewa Rumah"
Catat Ulasan