Loading...

Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO

Loading...
Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO
link : Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO

Baca juga


Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO

PAPAR – Seramai 2,503 golongan asnaf dan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas serta orang kurang upaya (OKU) dalam Parlimen Kimanis hari ini menerima sumbangan sempena Program Ziarah Kasih Ramadan di Dewan Masyarakat Bongawan, di sini.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata daripada jumlah itu, 750 orang menerima bantuan zakat daripada Yayasan Tabung Haji (YTH) manakala baki 1,753 penerima menerima sumbangan daripada UMNO pusat dan Bahagian Kimanis.

“Parlimen Kimanis ini adalah Parlimen ke-51 daripada 67 kawasan Parlimen terpilih bagi penganjuran Program Ziarah Kasih Ramadan. Kami telah memberikan sebanyak RM300,000 untuk diagihkan kepada penerima bagi kawasan Parlimen Kimanis.

“Sumbangan ini diberikan kepada rakyat memerlukan tanpa mengira fahaman politik sekali gus merealisasikan hasrat murni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringankan beban rakyat,” katanya kepada pemberita pada majlis anjuran YTH dengan kerjasama Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO pusat itu.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang juga Anggota Parlimen Kimanis, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut dan ADUN Bongawan Datuk Mohamad Alamin.

Abdul Azeez berkata Kimanis adalah lokasi kedua di Sabah selepas Beaufort dan program itu diteruskan di Penampang dan Kota Belud petang ini sebelum meneruskan misi membantu golongan kurang berkemampuan di Sandakan dan Semporna, esok.

Beliau berkata program itu menelan belanja keseluruhan berjumlah RM20.2 juta, yang mana YTH menyumbangkan peruntukan sebanyak RM7 juta, manakala UMNO serta kerajaan pusat menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM13.2 juta.

“Kami akan menyelesaikan misi program ini selewat-lewatnya pada petang sebelum Hari Raya. Insya Allah, jika program ini berjaya menjelajah kesemua 67 lokasi itu, saya yakin, lebih 131,320 rakyat akan menerima sumbangan tersebut sekali gus merealisasikan hasrat murni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringankan beban rakyat,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tEfNb5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO

Itulah artikel Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lebih-2000-terima-sumbangan-yth-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lebih 2,000 Terima Sumbangan YTH, UMNO"

Catat Ulasan

Loading...