Loading...

Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR

Loading...
Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR
link : Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR

Baca juga


Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR

Oleh Ainor Rahim
 Post Pic
SHAH ALAM: PKR tidak pernah menghalang rakan parti komponen dalam Pakatan harapan untuk bersuara mengenai isu barisan kepimpinan parti itu.
 
Namun Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menegaskan, sebaiknya parti komponen PH yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih fokus kepada gerak gempur untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Ini kerana katanya, sudah tiba waktu untuk PH bekerja menggembleng usaha kepada strategi pilihanraya.
 
"Saya menganggap bahawa kita patut hentikan isu kepimpinan dalam PH. Pemimpin parti masing-masing untuk gerak gempur yang intensif dalam PRU nanti. Selagi kita ikut, maka okay.
 
"Jadi lebih kurang bercakap lagi banyak kerja kita buat lebih baik. Sekarang ini masa untuk bekerja. Siapa nak jadi pemimpin kita tunggulah lepas pilihanraya.
 
"Tetapi ini tidak bermakna saya dan parti saya tidak boleh menyekat orang lain buat komen-komen tertentu. Itu hak mereka. Walaubagaimanapun sewajarnya kita menumpukan perhatian pada pilihanraya," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Mengulas lanjut, beliau turut menyeru PH untuk kembali kepada asas perjuangan gabungan tersebut iaitu prinsip satu-lawan-satu dalam usaha untuk menumbangkan Umno-BN pada PRU14 nanti.
 
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungai Petani turut berpendapat cadangan PPBM supaya jawatan Pengerusi PH untuk diisi Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berikutan parti serpihan Umno itu merasakan mempunyai peluang cerah untuk menang. 
 
PPBM ialah sebuah parti yang baru. Mungkin ahli dan anggota jadi sebagai parti yang baru sudah tentu mereka teruja. Amat teruja untuk memasuki pilihanraya. Itu yang pertama. 
 
Yang keduanya, sebagai parti baru yang dipimpin oleh Tun. Mereka berasa mereka mempunyai peluang untuk menang dalam pilihanraya," ujarnya lagi.
 
PPBM hari ini menafikan ia cuba mendominasi PH dengan menuntut jawatan tertinggi presiden dan pengerusi gabungan itu, sebaliknya berkata bersedia berkompromi melalui perbincangan dengan tiga rakan komponen lain.
 
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor berkata parti itu kini hanya mencadangkan agar jawatan pengerusi PH diberikan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata gabungan itu terpaksa menunda tarikh pendaftarannya sehingga selesai beberapa keputusan menyentuh struktur organisasi.
 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu lalu membuat kejutan apabila mengumumkan beliau tidak akan menawarkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri jika PH menang pada PRU14.
 
Anwar juga menerusi kenyataan tersebut melahirkan kebimbangannya terhadap penguasaan PPBM ke dalam PH, selain mahu jawatan pengerusi hanya bertindak sebagai penyelaras.
 
PH sehingga kini gagal memuktamadkan barisan kepimpinannya, dikatakan berpunca daripada beberapa cadangan yang berbeza dari setiap parti



Thus Article Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR

Itulah artikel Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lebih-baik-fokus-strategi-pru14.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR"

Catat Ulasan

Loading...