Tajuk : Lelaki Berhati Mulia Sediakan Perpustakaan Dengan Bayaran 10 Sen Pada Golongan Miskin
link : Lelaki Berhati Mulia Sediakan Perpustakaan Dengan Bayaran 10 Sen Pada Golongan Miskin
Lelaki Berhati Mulia Sediakan Perpustakaan Dengan Bayaran 10 Sen Pada Golongan Miskin
Sekali lagi, Kuan Chee Heng telah berbakti pada masyarakat kerana menyediakan perpustakaan awam kepada golongan yang tidak berkemampuan dengan bayaran 10 sen sahaja. Perpustakaan awam untuk kanak-kanak di Bukit Jalil itu merupakan projek terbaru selepas projek ambulans 10 sen beliau.
Menurut Free Malaysia Today, meskipun projek 10 sen sebelum ini telah memberi subsidi untuk produk dan perkhidmatan yang berkos tinggi, ini merupakan kali pertama beliau mengenakan bayaran untuk sesuatu yang boleh didapatkan secara percuma. Kenapa?
Beliau mengenakan bayaran kerana orang jarang menghargai sesuatu yang mereka dapat secara percuma. Betul apa dia cakap ni!
Ia hanya 10 sen. Wang itu bukan untuk saya tetapi untuk perpustakaan. Jumlah yang bakal dikumpul juga tidak akan cukup untuk menjalankan operasi perpustakaan.
Projek perpustakaan 10 sen adalah projek Malaysia. Saya hanya ditugaskan untuk memastikan ianya siap. Sumbangan dalam bentuk barangan, wang tunai dan kepakaran datang daripada orang ramai.”
Dengan adanya perpustakaan 10 sen itu, ibu bapa tidak perlu risau lagi akan keselamatan anak-anak mereka kerana lokasinya lebih dekat dengan kawasan perumahan.
Lokasi perpustakaan awam 10 sen itu akan bertempat di bawah blok PPR Pinggiran Bukit Jalil dan proses pengubahsuaian telah pun bermula.
Setakat ini sebanyak 500 buku telah diperolehi untuk projek tersebut dan ia akan dibuka dari pagi hingga 10 malam setiap hari.
Perpustakaan tersebut sesuai bagi kanak-kanak kurang berkemampuan berusia 7 hingga 17 tahun. Tempat itu akan dijaga oleh pekerja dan kanak-kanak di situ akan dipantau bagi tujuan keselamatan mereka.
Kuan sememangnya terkenal dengan projek 10 sen dan antara projek lain adalah pasar, perkhidmatan ambulans dan juga perkhidmatan teksi.
Semua projek yang diperkenalkan Kuan telah dibiayai oleh orang ramai. Kuan tidak pernah lekang mengucapkan terima kasih dan tanda syukur apabila menerima bantuan dari rakyat Malaysia.
Tanpa rakyat Malaysia dan rakan yang pemurah, saya tidak akan dapat melakukan ini.”
Masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin dengan kesusahan orang lain dan tidak boleh dinafikan lagi bahawa kita memerlukan lebih ramai orang seperti Kuan Chee Heng di negara ini.
Baca : Lelaki Belanja Semua Warga Bukan Islam Sedang Makan di Kopitiam Kerana Mahu Buat Baik di Bulan Ramadan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmbCUM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lelaki Berhati Mulia Sediakan Perpustakaan Dengan Bayaran 10 Sen Pada Golongan Miskin
Anda sedang baca artikel Lelaki Berhati Mulia Sediakan Perpustakaan Dengan Bayaran 10 Sen Pada Golongan Miskin dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lelaki-berhati-mulia-sediakan.html
0 Response to "Lelaki Berhati Mulia Sediakan Perpustakaan Dengan Bayaran 10 Sen Pada Golongan Miskin"
Catat Ulasan