Loading...

LELAKI GAY CALON PM IRELAND

Loading...
LELAKI GAY CALON PM IRELAND - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk LELAKI GAY CALON PM IRELAND, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : LELAKI GAY CALON PM IRELAND
link : LELAKI GAY CALON PM IRELAND

Baca juga


LELAKI GAY CALON PM IRELAND

DUBLIN – Ireland bakal muncul sebagai negara pertama memiliki perdana menteri dalam kalangan gay selepas parti pemerintah, Fine Gael memilih Leo Varadkar untuk mengetuai kerajaan baharu.

Berusia 38 tahun, anak lelaki kepada seorang doktor India  itu akan menggantikan Enda Kenny, sekali gus sebagai Perdana Menteri termuda Ireland.

Pencalonan Varadkar sebagai Perdana Menteri akan disahkan oleh Parlimen Ireland yang akan bersidang pada 12 Jun ini.

Kemenangan beliau menandakan titik perubahan untuk Ireland, negara Katolik dan sosial konservatif.

Agensi berita Irish Times menyifatkan pencapaiannya itu sebagai ‘harapan baru’.

Dalam ucapannya, Varadkar berkata, beliau ‘gembira dan berasa rendah diri’ di atas kemenangannya serta berterima kasih dengan sokongan kuat Ahli-ahli Parlimen semasa berdepan dengan pencabar, Simon Coveney.

“Ketika bapa saya mengembara sejauh 8,000 kilometer untuk menetap di Ireland, saya pasti dia tidak pernah bermimpi bahawa suatu hari nanti anaknya membesar menjadi pemimpin negara itu.

“Walaupun terdapat perbezaan, anaknya diberi layanan sama dan dihakimi berdasarkan tindakan dan wataknya, bukan asal usul atau identitinya,” katanya sambil disambut dengan tepukan dan sorakan di Mansion House, Dublin.

Beliau mendedahkan mengenai pendirian seksnya beberapa bulan sebelum referendum pada 2015 yang menjadikan Ireland negara pertama di dunia membenarkan perkahwinan sejenis.

“Saya seorang lelaki gay. Itu bukan rahsia, tetapi bukan juga sesuatu yang semua orang perlu tahu,” katanya semasa ditemu bual stesen penyiaran tempatan, RTE.

Varadkar yang menjadi ahli parti Fine Gael sejak remaja memenangi pemilihan pemimpin itu dengan 60 peratus undi berbanding satu-satunya pencabarnya, Coveney yang merupakan Menteri Perumahan dengan 40 peratus undi.

Beliau meraih sokongan 51 daripada 73 Ahli Parlimen partinya berbanding 22 menyokong Coveney.

– AFP

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2roWRP4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article LELAKI GAY CALON PM IRELAND

Itulah artikel LELAKI GAY CALON PM IRELAND Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel LELAKI GAY CALON PM IRELAND dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lelaki-gay-calon-pm-ireland.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LELAKI GAY CALON PM IRELAND"

Catat Ulasan

Loading...