Loading...

Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang

Loading...
Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang
link : Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang

Baca juga


Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Saban tahun menjelang Aidilfitri, deretan gerai lemang yang terletak berhampiran Zoo Negara di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat sini pasti menjadi tumpuan, baik warga kota mahupun pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

Tinjauan Bernama mendapati tahun ini juga tiada bezanya dengan pengusaha gerai seperti 'Pak Ali Lemang Asli', 'Pak Dean Lemang Tradisi' dan 'Pak Ya', tidak menang tangan melayan pelanggan yang boleh memilih lemang berharga RM12 hingga RM20 sebatang.

"Tahun lepas kami kami mengaut keuntungan RM50,000 sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, dan berdasarkan rekod jualan tahun ini kami yakin akan meningkat," kata pemilik Pak Ali Lemang Asli, Badriah Najib, 38.

Memperoleh untung kasar sekitar RM1,000 sehari, Badriah berkata permintaan terhadap lemangnya pada tahun ini menunjukkan peningkatan ketara dengan hampir 300 batang dijual setiap hari bagi tempoh 10 hari terakhir Ramadan berbanding antara 100 dan 150 batang pada tahun lalu.

Disebabkan permintaan yang tinggi, wanita itu berkata gerainya beroperasi 24 jam sejak dua hari lepas dan akan berterusan sehingga minggu kedua raya.

Ditanya mengenai rahsia keenakan lemangnya, Badriah berkata selain menggunakan resipi turun-temurun, lemangnya dimasak menggunakan santan dan beras pulut berkualiti.

Seorang pelanggan, Rohani Abd Rashid, 42 berkata ini kali pertama dia membeli lemang di gerai berkenaan selepas mendengar respons positif rakan-rakan.

"Saya cukup teruja nak rasa lemang ini," katanya yang tinggal di Selayang, dekat sini.

Anak pemilik gerai Pak Dean Lemang Tradisi, Suhaini Saharuddin, 36, pula berkata kebiasaannya, dia akan menerima jumlah pengunjung yang sangat ramai bermula hari terakhir Ramadan sehingga hari raya kedua dan mampu menjual 2,000 sehingga 3,000 batang bagi tempoh itu.

Suhaini berkata gerai itu beroperasi sejak 25 tahun lalu pada setiap Ramadan dan Aidilfitri.

"Selain lemang, orang ramai juga membeli rendang ayam dan daging hasil air tangan emak," katanya menambah dia berupaya menjual sekitar 7,000 batang lemang sepanjang sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan keuntungan kira-kira RM15,000.

Pelanggan gerai Pak Dean Lemang Tradisi, Mohd Izran Darami, 32, berkata ini kali pertama dia mencuba lemang berkenaan.

"Untuk tahun ini, saya cuba menukar selera dengan membeli lemang di sini...saya harap ia sesedap seperti yang diuar-uarkan," katanya yang dalam perjalanan pulang ke Pasir Mas, Kelantan.

Sementara itu, anak pemilik gerai Pak Ya yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 30, menjangkakan gerai diusahakan keluarganya sejak 30 tahun lalu mampu menjual 1,000 batang setiap hari sepanjang minggu terakhir Ramadan sehingga hari raya kedua.

"Selain lemang, kami juga turut menjual lontong yang dibungkus dengan daun pisang berharga RM7 yang menjadi perhatian pelanggan," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1TjDJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang

Itulah artikel Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lemang-mrr2-kekal-pilihan-warga-lembah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang"

Catat Ulasan

Loading...