Loading...

Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak

Loading...
Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak
link : Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak

Baca juga


Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak

SETELAH menyaksikan penderitaan ribuan pelarian mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu, wartawan TV AlHijrah, Syafiq Azman dan empat aktivis kemanusiaan Islamic Relief Malaysia (IRM) berangkat pulang.

Kisah sedih dengan menjadi saksi mata terhadap nasib enam juta mangsa kebuluran warga Somalia akan kekal menjadi kenangan yang menghiris jiwa untuk selama-lamanya.

Namun tertib orang berjuang: Realiti akan memacu kita untuk jadi lebih perkasa, kerana manusia sejati tidak mungkin dikalahkan oleh perasaan sedihnya.

Setelah melalui pengalaman diiring pasukan keselamatan bersenjata AK47 sebaik tiba di Mogadishu, serta kejadian letupan bom kereta berdekatan hotel penginapan, Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin kini mendapat gambaran lebih jelas dalam menyusun misi bantuan segera ke Mogadishu.

Krisis kematian kanak-kanak yang kebuluran serta mati akibat wabak berjangkit seperti campak dan taun akan menjadi agenda utama IRM dalam menghantar bantuan frasa kedua ke Somalia.

Cuma perjalanan pulang masih dicabar pelbagai halangan.

“Penerbangan Mogadishu ke Istanbul batal tiba-tiba,” kata Syafiq: “Bukan tangguh, tapi batal!”

Menurut Syafiq melalui pesanan Wahtsapp: “Penerbangan dari Mogadishu ke Istanbul hanya sekali sehari.

“Kami dimaklumkan ini hari kedua pesawat Turkish Airlines tidak berjaya mendarat di Aden Abdulle International Airport, Mogadishu. Alasan diberikan TurkishAirlines ialah faktor cuaca.”

Namun, kata Syafiq, maklumat petugas lapangan terbang, penerbangan dari Istanbul dilarang mendarat kerana polisi syarikat itu, kelajuan angin tidak boleh melebihi 15 knot untuk pesawat mendarat. Angin siang tadi bertiup dengan kelajuan 18.3 knot.

“Tetapi ada ura-ura kami dengar dari bekas tentera yang turut menaiki penerbangan sama, sebenarnya pesawat tidak mendarat atas faktor keselamatan,” jelas Syafiq.

IRM turut disertai tiga lagi aktivis, Muhammad Haris Sharim, Sharmiza Husin dan Nor Zafirah Zahari.

IRM setakat ini telah menyalurkan bantuan RM200 ribu ke Somalia, Sudan, Kenya dan Ethiopia. Sumbangan hasil derma rakyat Malaysia yang menyumbang pada Tabung Rayuan Afrika Timur yang dilancarkan pada April lalu.

Banyak maklumat diperolehi IRM dalam misi ini terutama kes-kes kematian anak kecil akibat wabak taun dan campak. Selain itu, larangan militia al Syabab yang melarang kanak-kanak di kawasan penguasaan mereka mendapatkan suntikan imunisasi.

“Kami melihat ribuan keluarga berbuka hanya dengan memamah daun-daun. Juga wajah kanak-kanak yang berada di ambang maut kerana kelaparan,” kata Syafiq.

Setelah tersangkut di Aden selama sembilan jam, akhirnya lima warga Malaysia ini dibenar keluar melalui penerbangan ke Nairobi, Kenya.

“Kami mengikuti laluan baharu dari Mogadishu-Nairobi-Istanbul-Kuala Lumpur. Kami berada di Nairobi, Kenya ketika ini. Sangat keletihan,” kata Syafiq.

Keseluruhan perjalanan pulang melalui tiga lapangan terbang sebelum tiba di KLIA akan memakan masa 50 jam.

Bagi mereka yang ingin menderma pada Tabung Rayuan Afrika Timur demi menyelamatkan 18 juta mangsa kebuluran, boleh menyalurkan dana ke akaun dipaparkan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBRrz7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak

Itulah artikel Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/letupan-bom-mangsa-kebuluran-mayat-budak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Letupan Bom, Mangsa Kebuluran & Mayat Budak"

Catat Ulasan

Loading...