Loading...

Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren

Loading...
Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren
link : Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren

Baca juga


Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren


MADRID – Ibu negara Sepanyol di sini mengambil langkah drastik melarang golongan lelaki duduk kangkang ketika berada di dalam bas atau kereta api, dan dianggap sebagai gejala kurang sopan.

Media tempatan melaporkan syarikat pengangkutan malis perbandaran merancang untuk memasang papan tanda di dalam semua kenderaan pengangkutan awam dengan berharap amalan duduk sedemikian dapat dikekang.

Menerusi satu kenyataan media di sini pada Rabu lalu, arahan pelik tersebut yang mengharamkan individu terlibat daripada duduk dalam keadaan terbuka antara bahagian kelangkang boleh mengganggu perhatian orang lain.

“Larangan terbaharu ini mengingatkan setiap pengguna pengangkutan awam supaya mereka dapat mengekalkan nilai tanggungjawab sivik dan menghormati hak orang lain untuk berasa tenteram,” jelas kenyataan tersebut lagi.


Papan tanda baharu itu memaparkan lakaran imej seorang lelaki yang duduk secara kangkang di dalam sebuah pengangkutan awam dengan tanda pangkah atau X di tepi sebagai menunjukkan tindakan tersebut tidak diterima.

Langkah itu diluluskan selepas golongan wanita Madrid berkempun mahu kekang gejala tersebut dan melancarkan petisyen awam yang juga dikenali sebagai #Madrid Tanpa Lelaki Duduk Kangkang pada awal tahun ini.

Slogan itu tersebar meluas dalam media sosial sebelum diserahkan kepada Datuk Bandar Madrid dan Presiden Wilayah Tempatan untuk tindakan lebih lanjut. Namun tidak pula dipastikan apakah hukuman untuk pesalah.

Madrid mengikut jejak langkah New York di Amerika Syarikat yang menjadi bandar raya pertama di dunia melarang gejala duduk kangkang dalam kenderaan awam pada 2014. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren

Itulah artikel Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/madrid-larang-lelaki-duduk-kangkang_38.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Madrid Larang Lelaki Duduk Kangkang Dalam Bas, Tren"

Catat Ulasan

Loading...