Loading...
Tajuk : Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut
link : Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut
Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut
KUCHING – Mahkamah Tinggi Kuching di sini hari ini memutuskan Dr. Ting Tiong Choon kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dan tidak melanggar perlembagaan negeri itu.
Keputusan di luar jangkaan yang diumumkan sendiri oleh hakim perbicaraan, Datuk Douglas Primus Sikayun sekali gus bakal menyaksikan tiada pilihan raya kecil di kerusi bandar raya Miri tersebut diadakan pada 4 Julai depan.
Tiong Choon yang diwakili pasukan lapan peguam diketuai oleh peguam kanan, Chong Siew Chiang memohon supaya perisytiharan bahawa perlucutan kelayakannya sebagai ADUN Pujut yang dipilih sewajarnya ditarik balik.
Bekas ADUN tersebut memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuching pada 7 Jun bagi mencabar kesahihan pemecatannya menerusi usul khas oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 12 Mei.
Beliau dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas satu usul dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Dr. Wong Soon Koh di DUN kerana didakwa mendapat taraf warganegara Australia pada 2012.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, kerusi Pujut diisytiharkan sebagai telah kosong mengikut Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri dan keputusan rasmi tersebut juga adalah muktamad.
Pada pilihan raya negeri 2016, Tiong Choon yang mewakili DAP menang dengan majoriti 1,759 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hii King Chiong selain calon PAS, Jofri Jaraiee dan calon bebas, Fong Pau Teck.
Keputusan mahkamah itu adalah tiga hari sebelum tarikh penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Piihan Raya pada 20 Jun manakala 4 Julai sebagai hari mengundi jika ada pertandingan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbgASV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut
Itulah artikel Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mahkamah-putus-wakil-dap-kekal-adun_16.html
0 Response to "Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut"
Catat Ulasan