Loading...

Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi

Loading...
Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi
link : Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi

Baca juga


Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi

Mahkamah Rayuan turut mengarah bekas ketua pembangkang itu membayar kos kepada SPR.


anwar_law_6001

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon deklarasi beliau mempunyai hak mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 2 tahun lalu.

Dalam mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lepas, 3 panel hakim yang dipengerusikan Umi Kalthum Abdul Majid sebulat suara memerintahkan Anwar membayar kos RM5,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kami menolak rayuan dengan bayaran kos dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan deklarasi perayu (Anwar),” katanya.

Dua hakim lain adalah Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

N. Surendran yang merupakan sebahagian daripada pasukan peguam Anwar berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, peguam Anwar, Gopal Sri Ram berkata SPR menafikan hak Anwar untuk mengundi di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata SPR menegaskan afidavit iaitu kliennya berhak mengundi kerana beliau tidak disabitkan kesalahan semasa mendaftar sebagai pengundi di kawasan itu.

Peguam kerajaan Datuk Amarjeet Singh berkata walaupun SPR tidak mempertikaikan hak mengundi Anwar, Perkara 119 menyatakan seorang pengundi tidak boleh mengundi ketika menjadi banduan atau dalam keadaan tidak siuman.

Anwar, 69, menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas beliau disabitkan dengan tuduhan meliwat.

Beliau memfailkan rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya mendapatkan deklarasi mengenai haknya mengundi pada pilihan raya kecil diadakan pada 7 Mei 2015.

Mahkamah Tinggi pada 15 Julai tahun lepas memutuskan SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membawa Anwar ke pusat pengundian dalam mana-mana pilihan raya.

Mahkamah juga berpendapat seseorang tahanan harus memohon kepada ketua pengarah Jabatan Penjara sebelum dibenarkan mengundi.



Thus Article Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi

Itulah artikel Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mahkamah-sebulat-suara-anwar-tiada-hak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah sebulat suara Anwar tiada hak mengundi"

Catat Ulasan

Loading...