Tajuk : ‘Makan selimut, kadbod cicah air,’ derita Aidilfitri di Marawi
link : ‘Makan selimut, kadbod cicah air,’ derita Aidilfitri di Marawi
‘Makan selimut, kadbod cicah air,’ derita Aidilfitri di Marawi
“Jika suami tidak sampai di sini, saya tawar hati untuk menyambut Hari Raya,” kata isteri yang terpisah di tengah perang di sini.
‘Makan selimut, kadbod cicah air,’ derita Aidilfitri di Marawi
Suami Carmalia Baunto terperangkap di rumah mereka sewaktu tentera Filipina sedang menggempur pengganas Negara Islam (IS atau Daesh) di selatan negara itu.
“Saya OK tetapi saya tidak boleh keluar ke mana-mana. Rumah kita selamat,” kata suaminya Nixon melalui mesej teks kepada wanita itu seperti dilapor Reuters.
Seperti ramai penduduk Marawi, Carmalia dan Nixon juga pasangan Muslim yang menyambut Ramadan ketika militan IS meningkatkan serangan di bulan mulia ini.
Perang yang memakan masa lebih kurang sebulan menyebabkan 300 hingga 500 penduduk terperangkap di sini, dibimbangi menjadi “benteng manusia” militan.
Ada keluarga melaporkan mereka terpaksa makan cebisan selimut dan kadbod yang dicicah dengan air bagi mengelak kebuluran, lapor agensi berita itu Khamis.
Carmila, 42, terselamat dengan berlindung di perkarangan kawalan kerajaan di sini dan terpaksa bermalam di masjid sementara menunggu suaminya.
Nixon, 41, pernah cuba bergerak ke sebuah masjid tempat lebih 100 orang awam berlindung, termasuk wanita dan kanak-kanak yang cedera akibat perang.
“Beliau tidak sanggup berdepan tembakan, pengeboman dan selalu risau terkena peluru sesat,” cerita isterinya lagi, lalu Nixon kembali ke rumah sendirian.
Seorang lelaki berdiri di atas bumbung rumahnya dengan asap berkepul di bandar Marawi akibat perang dengan militan Maute di Mindanao, 27 Mei 2017. — Foto ReutersKerajaan setempat membelanjakan 8 juta peso (RM680,000) untuk makanan 475 keluarga di sini dan 1,000 lagi di pekan-pekan berdekatan, lapor ABS-CBN kelmarin.
Portal Manila itu menyebut bantuan 1,000 peso (RM85) akan disumbang kepada setiap keluarga untuk menyambut Aidilfitri, selain pek makanan Ramadan.
Lebih 200,000 penduduk Marawi, majoriti Muslim, bertempiaran menyelamatkan diri setelah militan IS menggempur sekolah dan bangunan kerajaan 23 Mei lalu.
Sehingga 21 Jun, sekurang-kurangnya 276 pengganas, 67 tentera Filipina dan 26 penduduk terbunuh dalam perang kumpulan Maute yang berkiblatkan IS Syria.
Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat membelanja 294 juta peso (RM25 juta) untuk menyediakan bantuan wang, makanan dan barangan keperluan.
Menurut CNN Filipina pada Khamis, 73,945 keluarga lari akibat perang ini, termasuk 2,453 keluarga berlindung di 10 pusat pemindahan.
Kebanyakan yang lari menuju rumah sanak saudara di kawasan-kawasan pinggir yang jauh dari pusat pertempuran di bandar ini.
Sumber: Malay Mail
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tJOrRz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article ‘Makan selimut, kadbod cicah air,’ derita Aidilfitri di Marawi
Anda sedang baca artikel ‘Makan selimut, kadbod cicah air,’ derita Aidilfitri di Marawi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/makan-selimut-kadbod-cicah-air-derita.html
0 Response to "‘Makan selimut, kadbod cicah air,’ derita Aidilfitri di Marawi"
Catat Ulasan