Loading...
Tajuk : Malaysia Tidak Ditekan Putus Hubungan Dengan Qatar
link : Malaysia Tidak Ditekan Putus Hubungan Dengan Qatar
Malaysia Tidak Ditekan Putus Hubungan Dengan Qatar
IPOH - Tiada mana-mana negara Asia Barat yang terlibat dalam konflik di rantau itu termasuk Arab Saudi membuat tekanan terhadap Malaysia supaya memutuskan hubungan dengan Qatar.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, keadaan itu mungkin disebabkan tindakan Malaysia yang mengamalkan dasar tidak mencampuri urusan negara lain.
"Atas dasar berkecuali itu kita bukan hanya mampu menepis sebarang kesan negatif malah hubungan yang dijalankan daripada sudut perdagangan dengan negara Arab, termasuk Qatar tetap berjalan baik.
"Bagi Malaysia, kita hanya mahu menjadi negara perdagangan terbaik tanpa mencampuri sebarang konflik politik mana-mana negara yang berhubungan dengan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Gopeng di sini, hari ini.
Pada 5 Mei lalu, lima negara iaitu Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Yaman mengumumkan keputusan memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara itu menyokong keganasan selain bersekongkol dengan Iran. Tambah Ka Chuan, wakil sebuah syarikat pengeluar barangan elektrik yang berpangkalan di Doha, Qatar iaitu Al Amer Group dijadual melakukan lawatan ke negara ini pada Oktober depan.
"Namun, dengan apa yang berlaku kita tidak pasti sama ada syarikat gergasi itu akan meneruskan cadangan mereka untuk ke Malaysia atau sebaliknya," katanya. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t91YRL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Malaysia Tidak Ditekan Putus Hubungan Dengan Qatar
Itulah artikel Malaysia Tidak Ditekan Putus Hubungan Dengan Qatar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Malaysia Tidak Ditekan Putus Hubungan Dengan Qatar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/malaysia-tidak-ditekan-putus-hubungan.html
0 Response to "Malaysia Tidak Ditekan Putus Hubungan Dengan Qatar"
Catat Ulasan