Loading...

Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong

Loading...
Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong
link : Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong

Baca juga


Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong


PETALING JAYA: PKR berkata keputusan mahkamah hari ini untuk melepaskan 3 lelaki yang dituduh membunuh aktivis Bill Kayong tanpa mengarahkan pembelaan diri menyerlahkan beberapa kebimbangan rakyat negeri itu terhadap keadilan, di samping kecekapan pihak pendakwaan dalam kes itu.

“Di mana keadilan? Ini merupakan hari gelap untuk kita semua,” kata Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi Miri melepaskan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang dan 2 lelaki lain yang dituduh membunuh aktivis Bill Kayong tahun lalu.

“Sekali lagi, mesej kepada penduduk Sarawak ialah, tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk menyekat penindasan masyarakat mereka dan penafian hak mereka,” katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi Ravinthran N Paramaguru berkata pihak pendakwa tidak berjaya memberikan bukti secukupnya mengenai penglibatan Lee serta pembantu peribadinya Chin Wui Ching, 50, dan pemilik pub Lie Chang Loon, 37, yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan Bill, yang juga setiausaha PKR Miri.

Bagaimanapun, Ravinthran memerintahkan Mohamad Fitri Pauz, 30, yang dituduh menembak mati Bill pada 21 Jun, 2016, membela diri.

Keputusan membebaskan Lee mencetuskan kemarahan ahli keluarga dan kenalan Bill, yang mengadakan protes di luar mahkamah.

Bill, atau nama Islamnya, Mohd Hasbie Abdullah, ditembak mati di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di lencongan Jalan Kuala Baram.

Baru berkata kecekapan pendakwaan memainkan peranan besar dalam keputusan hakim.

“Sesuatu keputusan adalah berdasarkan bukti dibentangkan kepada mahkamah, dan tanpa hujah kuat, pihak pendakwaan gagal melepasi peringkat pertama,” katanya.

Susulan pembunuhan Bill, polis melancarkan pemburuan merentas sempadan bagi menangkap Lee.

Lee dipercayai ke Singapura 2 hari selepas itu, sebelum ke Australia 10 hari kemudian. Ia memaksa polis meminta bantuan Interpol.

Baru berkata sekiranya benar Lee tidak bersalah, mengapa dia melarikan diri ke Australia dan kemudian ke China.

“Selepas pelbagai usaha untuk menangkapnya, dia dibebaskan kerana tiada bukti?” tanya Baru.

“Bagaimana tahap kecekapan timbalan pendakwa raya dalam menangani kes jenayah besar?

“Apakah pihak pendakwaan benar-benar cuba membangunkan sebuah kes yang kuat?” -Free Malaysia Today



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHxoPA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong

Itulah artikel Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mana-keadilan-soal-pkr-selepas-3-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mana Keadilan, Soal PKR selepas 3 lelaki terlepas tuduhan bunuh Bill Kayong"

Catat Ulasan

Loading...