Tajuk : Mangsa keadaan, memang cari penyakit
link : Mangsa keadaan, memang cari penyakit
Mangsa keadaan, memang cari penyakit
Dua kisah berbeza mangsa mercun berlaku di Kelantan, petang semalam dan malam tadi dengan seorang mangsa keadaan, manakala seorang lagi memang cari penyakit.
Mangsa pertama, tukang rumah cedera di tangan kanan selepas terkena mercun bola yang dibaling ke dalam raga motosikalnya di Kampung Jejuluk, Tumpat, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsaAbdul Azim Muhamad, 29, cedera di ibu jari dan jari telunjuk dikejarkan ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.
Abdul Azim berkata, ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal bersendirian ke Pengkalan Kubor, Tumpat.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia sempat melihat beberapa kanak-kanak membaling mercun bola yang kemudian masuk ke dalam raga motosikalnya.
"Saya cuba membuangnya, namun tiba-tiba mercun itu meletup di tangan.
"Saya sempat memberhentikan motosikal di tepi jalan sebelum orang awam membantu membawa saya ke Hospital Tumpat untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini hari ini.
Sementara itu, mangsa kedua yang dirawat di hospital sama adalah remaja lelaki berusia 14 tahun yang cedera di kedua-dua tangan dan kelopak mata kiri selepas terkena serpihan mercun buatan sendiri di Kampung Panchor, Kota Bharu, 9.30 malam tadi.
Mohd Firdaus berkata mercun buatan sendiri itu dinyalakan sebelum ia terus meletup..
"Saya tidak sempat mengelak apabila ia meletup. Pada mulanya, saya tidak berasa sakit sebelum diberitahu seorang rakan yang melihat darah mengalir di bahagian mata kiri.
"Saya kemudian pulang ke rumah sebelum ibu bapa membawa ke klinik berhampiran dan terus dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sW0GJB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Mangsa keadaan, memang cari penyakit
Anda sedang baca artikel Mangsa keadaan, memang cari penyakit dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mangsa-keadaan-memang-cari-penyakit.html
0 Response to "Mangsa keadaan, memang cari penyakit"
Catat Ulasan