Loading...

MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow

Loading...
MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow
link : MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow

Baca juga


MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow

GEORGE TOWN: MCA fokus dalam menyampaikan hasil dengan membuat pelbagai pembangunan konstruktif untuk negara ini berbanding parti pembangkang yang sering mengamalkan politik menghasut dan hasad dengki, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mengambil contoh usaha kerajaan membawa masuk pelaburan asing ke negara ini, Liow berkata pemimpin Pakatan Harapan dilihat cuba mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak benar.

"Kita tidak akan memutar belit isu-isu yang ada kerana kita tahu contohnya apabila kita dapat pinjaman daripada negara China, kita dapat sokongan dari segi ''belt and road'' (Jalur dan Laluan). Pembangkang cuba menyatakan pelbagai impak negatif seperti kita akan dijajah oleh China, kita akan jual negara dan sebagainya. Ini semua fakta yang tidak betul

"Kita nak menyatupadukan rakyat bukan sahaja komuniti Cina malah berbilang kaum untuk kita tumpukan dari segi pembangunan negara bukan dari segi merosakkan negara, mencaci, menghasut, hasad dengki pada negara sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat ''Jalur dan Laluan'' MCA Pulau Pinang di sini hari ini.

MCA Belt and Road Centre (Mbrace), yang dilancarkan Disember tahun lepas, bertujuan membolehkan usahawan Malaysia dan China merebut peluang melalui pertukaran maklumat dan pemadanan perniagaan.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata situasi sebaliknya berlaku apabila kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang 2017 yang membolehkan kerajaan negeri membuat pinjaman daripada sebuah bank di China.

Beliau berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng menyifatkan pinjaman itu sebagai satu pengiktirafan daripada kerajaan China terhadap kerajaan negeri berdasarkan kepada prestasi kewangan yang baik.

"Apabila negeri Pulau Pinang dapat pinjaman mereka kata ini amat baik. Tapi bila kita dapat pinjaman mereka kata kita nak jual negara. Ini sikap dwi-standard mereka," katanya.

Liow turut menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebagai ''cakap tidak serupa bikin'' apabila gagal menunaikan 51 janji selepas mengambil alih negeri ini selama sembilan tahun.

"Kita tak mahu macam kerajaan negeri Pulau Pinang cakap tak serupa bikin. 51 janji yang telah dijanjikan sampai hari ini tak dapat ditunaikan. Kita sebagai kerajaan bertanggungjawab, parti Barisan Nasional kita akan tunaikan apa yang kita janji. Kita akan pastikan negara kita terus pesat membangun," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rpk8Ap

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow

Itulah artikel MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mca-fokus-pada-hasil-beri-manfaat-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MCA fokus pada hasil, beri manfaat pada rakyat dan negara - Liow"

Catat Ulasan

Loading...